Trending By: Padin December 19, 2020 @ 6:16am

Khai Bahar Rasa Bertuah Dapat Berduet Dengan Aina Abdul

Penyanyi Khai Bahar mengakui rasa bertuah dapat peluang bekerjasama dengan penyanyi Aina Abdul dalam sebuah lagu duet baharu berjudul Nafas Cinta.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 26, dia mengagumi bakat besar dimiliki penyanyi lagu Semalam itu.

“Alhamdulillah, perancangan kami untuk menghasilkan projek ini dipermudahkan. Macam sebelum ini saya pernah berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana. Kali ini, saya bertuah kerana diberi peluang untuk berduet dengan Aina pula.

“Setiap rakan duet saya mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Saya melihat setiap tawaran yang datang adalah kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri. Bagi saya bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Tak Kisah Kena Datang Seremban…” – Aina Abdul Akui Mulakan Langkah ‘Lamar’ Khai Bahar

Tambah Khai, dia menyifatkan lagu Nafas Cinta yang dicipta oleh mereka berdua merupakan sesuatu yang istimewa buat peminat.

“Macam sebelum ini ramai tertanya-tanya siapa rakan duet terbaru saya. Jadi, apabila projek ini dikongsikan di Instagram, semua tidak sabar menunggu lagu ini. Apa boleh dikatakan, ini adalah adalah hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya kami.

 “Saya berharap lagu ini dapat diterima baik dan boleh pergi lebih jauh. Dalam masa sama, semoga duet saya dan Aina boleh membuatkan anda jatuh cinta dengan lagu ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Lagu Nafas Cinta dilancarkan di semua platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Music, Channel YouTube dan juga Apple Music bermula 18 Disember 2020.

Dalam perkembangan lain, Aina kini sedang berentap di program Vokal Mania yang hangat bersiaran di TV3.

Jangan lupa saksikan Vokal Mania setiap Sabtu, jam 9 malam di TV3!

Vokal Mania juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv.

Layari www.xtra.com.my serta laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jul 2019

Ibu Rayu Sumbangan RM100,000 Tampung Kos Pembedahan Anak

Bantulah walaupun RM 1 buat si adik comel ini

Featured Wed, 8 Nov 2023

Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Innalillahwinnailaihirrojiun. Al-Fatihah🖤

Trending Mon, 27 Jun 2022

“Sayunya Hati Tengok…” – Mira Filzah Beri Kesedaran Tentang Virus RSV

Mira Filzah berpesan lebih-lebih lagi kepada ibu bapa untuk menjaga kebersihan demi kesihatan bayi.

Program TV Wed, 3 Aug 2022

“Benda-Benda Macam Ni Ada” – Detik 12 Malam Bakal Naikkan Bulu Roma Penonton

Jangan lupa tonton Detik 12 Malam setiap Jumaat, 11.30 malam di TV3.

Events Fri, 9 Dec 2022
Trending Sun, 10 May 2020

Rayuan Permohonan BPN Dilanjutkan Sehingga 31 Mei

Buat korang yang masih gagal memohon BPN..

Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..