Ani Maiyuni Berang, Si Mulut Puaka Dakwa Adibah Noor Potong Usus!

Biarpun masih belum reda dengan berita pemergian penyanyi Adibah Noor, rakan seperjuangannya, penyanyi Ani Maiyuni berang terhadap sesetengah pihak yang mendakwa Allahyarham membuat pembedahan bariatrik atau potong usus untuk mengurangkan berat badan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, dia bersama rakan yang mengetahui tentang derita kanser yang dihadapi oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu hanya mampu menelan segala tohmahan yang dilemparkan kepada arwah.

Penampilan Allahyarham Adibah yang berjaya mengurangkan berat badannya baru-baru ini menjadi bualan ramai dan ada mulut jahat yang mendakwa dirinya melakukan pembedahan potong usus.

“Aku rasa marah bila ada segelintir mulut mulut puaka yang kata arwah POTONG USUS dan sebagainya.

“Aku dengan rakan yang tahu hanya mampu telan. Sebab kami pegang amanah arwah. Sebab arwah tak nak kami bagitau orang yang dia sedang sakit. LOVE YOU KAKAK,” tulis Ani.

Terdahulu, Adibah telah mengejutkan orang ramai dengan penampilannya yang semakin kurus dan menyatakan dirinya sedang mengamalkan pemakanan gaya hidup sihat.

Namun, Ani memaklumkan dia terpaksa merahsiakan penyakit yang dialami oleh sahabatnya itu demi amanah yang diberikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf Kami Terpaksa ‘Kunci Mulut’ Sebab…” – Pegang Amanah Arwah, Ani Maiyuni Dedah Punca Adibah Noor Susut

Menerusi perkongsian tersebut, Ani turut meluahkan rasa rindunya terhadap pelakon yang pernah membintangi filem Mukhsin itu.

Adibah meninggal dunia sekitar 7.40 petang semalam di Hospital Gleneagles akibat menghidap penyakit kanser.

Selain Mukhsin, Adibah juga pernah membintangi filem Talentime, Sepet dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikhabarkan Menderita Kanser, Adibah Noor Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf, Kali Ini Aku Tak Dapat Tolong…” – Beberapa Tweet Terakhir Seakan Memberi Petanda, Netizen Tangisi Pemergian Adibah Noor

Fatin Nurain