Events By: Halimey Zamal December 17, 2022 @ 2:54pm

Bahang Anugerah Ikon Sukan Harian Metro Semakin Hangat, Jom Undi Finalis Kegemaran Anda!

Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro (HM) semakin dirasai, di mana pihak penganjur, Harian Metro mengumumkan finalis untuk lapan (8) kategori utama yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai pemenang utama keseluruhan iaitu Anugerah Ikon Sukan Terbaik.

Pemenang bagi setiap kategori dan anugerah utama akan diumumkan pada malam kemuncak AIS yang akan bersiaran secara langsung di saluran televisyen, TV9, termasuk saluran YouTube TV9 dan Harian Metro serta laman web AIS di www.hmetro.com.my/ais, pada jam 8.30 malam, Ahad, 8 Januari 2023.

Manakala, acara karpet merah akan disiarkan secara langsung pada jam 7.50 malam dan lokasi untuk malam kemuncak AIS HM ini akan diumumkan kelak.

Proses undian peringkat kedua bagi finalis setiap kategori telahpun bermula pada 1 Disember lalu dan akan berakhir pada 25 Disember ini.

Undian boleh dibuat menerusi pembelian akhbar Harian Metro dan di laman web AIS HM www.hmetro.com.my/ais.

Penilaian untuk pemenang akan berdasarkan 50 peratus undian melalui akhbar Harian Metro dan atas talian dan 50 peratus lagi penilaian daripada juri profesional.

Proses undian peringkat pertama sudahpun dijalankan pada 30 Oktober sehingga 20 November lalu berdasarkan 100 peratus undian peminat dan pembaca.

Satu majlis pengumuman pra-kemuncak AIS HM telah diadakan di Le Meridien Hotel Petaling Jaya, baru-baru ini.

Majlis disempurnakan oleh Presiden, Majlis Olimpik Malaysia merangkap Presiden, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Datuk Seri Dr. Mohamad Norza Zakaria.

Hadir bersama ialah Pengarang Kumpulan, Harian Metro merangkap Pengerusi AIS HM, Husain Jahit; dan Pengarang Berita Kanan (Sukan/Hiburan) Harian Metro merangkap Pengarah Projek AIS HM, Abdul Manan Samad; Ketua Pegawai Operasi, TV9, Sherina Mohamed Nordin; dan Ketua Pegawai Operasi (Solusi Komersil), Media Prima Omnia, Zanny Liu.

Turut hadir ialah Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, Ena Suhaila Abas dan Timbalan Pengarah III (Program Pemasaran dan Pembangunan), UKMShape, Jamalul Lail Abdul Wahab.

Gardenia Breakthru merupakan Penaja Utama AIS manakala UKMShape adalah Rakan Penaja AIS dan TV9 adalah Penyiar Rasmi AIS.

Pengarang Kumpulan, Harian Metro merangkap Pengerusi AIS HM, Husain Jahit, AIS merupakan acara anugerah yang julung kalinya dianjurkan oleh Harian Metro.

“Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada atlet normal dan para serta penggiat-penggiat industri sukan termasuk kelab dan persatuan sukan atas kejayaan dan kecemerlangan mereka dalam kejohanan di dalam negara dan juga antarabangsa.

“Saya bersyukur kerana kami di Harian Metro dapat menganjurkan satu-satunya acara anugerah sukan yang memberi ruang dan pilihan kepada peminat dan pengikut sukan untuk memilih ikon sukan kegemaran mereka.

“Acara malam kemuncak AIS pada 8 Januari 2023 adalah unik kerana konsep yang akan diketengahkan adalah bersifat hiburan sukan. Kami akan selitkan elemen-elemen sukan dalam setiap persembahan. Manakala penyampai anugerah akan melibatkan gandingan atlet dan artis,” katanya.

Pada majlis tersebut, pengacara dan pelakon, Fahrin Ahmad serta pengacara, pelakon dan penyanyi berketurunan Melayu-Ireland iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim diumumkan sebagai hos utama pada malam kemuncak AIS HM.

Manakala bagi segmen karpet merah yang bakal disiarkan di saluran TV9, gandingan pengacara program bual pagi popular, Malaysia Hari Ini di TV3, Hanif Miswan dan pembaca berita popular TV3, Marsila Hassan bakal menghangatkan lagi liputan eksklusif dari lokasi acara berlangsung.

Barisan artis yang akan membuat persembahan melibatkan artis yang layak bergelar lagenda dan berbakat besar selain bakat baharu yang sedang meningkat.

Pentas AIS HM bakal dihangatkan dengan persembahan Datuk M. Nasir, Aina Abdul, kumpulan penyanyi wanita – Dolla, penyanyi dan juga atlet bola jaring kebangsaan – Fariha Razak, Hariz Fayahet, Bunga Isme, pelawak Ropie, Salman dan Atu Zero serta Noorkhiriah.

Barisan penyampai anugerah terdiri daripada gandingan atlet bersama artis dan selebriti yang memiliki reputasi tersendiri dalam setiap bidang yang diceburi.

Ini termasuklah Nadhir Nasar, Siti Khadijah Halim, Meerqeen, Intan Serah dan Nur Dhabitah Sabri.

Malam kemuncak AIS HM bakal menobatkan Ikon Sukan Terbaik yang dipilih dalam kalangan calon Top 5 yang memperoleh undian tertinggi membabitkan lapan kategori.

Lapan kategori utama iaitu Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru, Ikon Sukan Paralimpik, Ikon Sukan Jurulatih, Ikon Sukan Persatuan/Kelab, Ikon Sukan Kepimpinan, Ikon Sukan Harapan dan Ikon Sukan Pempengaruh.

AIS HM turut memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada bekas atlet sebagai menghargai jasa dan sumbangannya dalam pembangunan industri sukan tempatan melalui kategori khas, Anugerah Ikon Sukan Lagenda.

Penerima anugerah ini bakal diumumkan pada malam kemuncak nanti dan akan menerima sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan langganan e-paper Harian Metro selama setahun.

Pemenang bagi setiap lapan kategori yang dipertandingkan akan menerima sebuah trofi, wang tunai RM5,000 dan langganan e-paper Harian Metro selama setahun.

Manakala pemenang Anugerah Ikon Sukan Terbaik akan membawa pulang sebuah trofi, langganan e-paper Harian Metro selama setahun dan sebuah kereta elektrik jenama Appollen A1 (hatchback 5 pintu) bernilai RM136,000.

Harian Metro turut berbesar hati memberi hadiah lumayan kepada pengundi paling kreatif yang mengundi melalui akhbar Harian Metro.

Pemenang akan menerima langganan e-paper Harian Metro selama setahun dan sebuah kereta elektrik jenama Appollen A2 (coupe 3 pintu) bernilai RM112,000.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Hiburan Wed, 24 May 2023
Trending Thu, 25 May 2023
Featured Tue, 21 Aug 2018

Menjuarai Ratu Cantik Remaja Dunia, Kate Grant Buat Golongan Sindrom Down Bangga!

Kate Grant peserta sindrom down pertama yang memenangi pertandingan Ratu Cantik Remaja Dunia yang diadakan di Portadown.

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

许冠杰宝刀未老魅力不减!全场歌迷嗨唱变大型KTV

71岁的「爷爷级歌神」阿Sam许冠杰相隔一年再度来马开唱!歌迷表现热情,现场犹如大型K房,场面High爆!

Trending Thu, 27 Sep 2018

如果《复仇者联盟》英雄们是韩国人?索尔「韩服高丽王」帅爆啦!

《复仇者联盟》英雄们除了带给影迷许多刺激,也激发了许多人的绘画灵感!一位来自韩国的画家匡光创作了以「化身为韩国人」的《复仇者联盟》英雄们的一系列作品,画风让让人感到耳目一新。

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Dikecam Nyanyi Tak Sedap, Nazim Minta Tolong Mentor Ernie Zakri

Kalau dah minat, teruskan je lah. Pedulikan tanggapan negatif orang lain!