Featured By: Halimey Zamal December 7, 2022 @ 2:07pm

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah.

@liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan tahun terpisah , mereka diperintahkan untuk turun dari syurga ke bumi kerana ingkar perintah Allah iaitu makan buah terlarang (khuldi), taubat mereka diterima Allah SWT & akhirnya bertemu di sini, Jabal Rahmah &lt3 Mereka berkeluarga sehingga ke anak cucu dan ianya merupakan rahmat buat ummat manusia. dan banyak lagi perisitiwa lain yang terjadi di sini…. Semoga saya dijodohkan dengan orang yg baik baik dan dipermudahkan segala urusan 🥹🤍♬ original sound – rnggaaawnd_🦖 – 𝔯𝔞𝔫𝔤𝔤𝔞𝔞🦖

Menerusi entri berdurasi 34 saat di TikTok milik Liya, memaparkan dia sedang berada di Jabal Rahmah yang terkenal sebagai tempat mustajab untuk memohon doa meminta dikurniakan jodoh.

Sementara itu, kapysen yang ditulis oleh Liya sendiri telah menarik perhatian netizen kerana berkongsi sejarah Jabal Rahmah dan mengakui yang dirinya juga mengharapkan jodoh yang baik untuk dijadikan peneman hidup.

“Jabal Rahmah, bukit kasih sayang. Tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu kembali selepas ratusan tahun terpisah.

“Mereka diperintahkan untuk turun dari syurga ke bumi kerana ingkar perintah Allah iaitu makan buah terlarang, khuldi. Taubat mereka diterima dan akhirnya bertemu di sini, Jabal Rahmah.

“Mereka berkeluarga sehingga ke anak cucu dan ianya merupakan rahmat buat umat manusia dan banyak lagi peristiwa yang berlaku di sini. Semoga saya dijodohkan dengan orang yang baik dan dipermudahkan segala urusan.” tulisnya

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya memuji kecantikan Liya dan mereka berdoa agar suatu hari nanti diberikan rezeki seperti untuk sampai ke sana tanah suci itu juga.

“MasyaAllah cantiknya you, take care love.

“Semoga urusan Liya dan umat islam semua dipermudahkan.

“Alhamdulillah Liya dapat pergi sana, mudah-mudahan suatu hari nanti saya dapat ke sana juga sebelum saya menutup mata.” tulis wargamaya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 481,000 tontonan dan lebih 85,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 30 Dec 2018

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Tak perlu pergi ke Cameron Highland semata-mata mengidam strawberi!

Hiburan Wed, 18 Aug 2021

“Terubat Rindu…” – Kongsi Video Terbaru Sambal Jawa ‘My Style’, Instagram Siti Sarah Akan Kekal Aktif

Akaun Instagram milik Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang mempunyai lebih 2.8 juta pengikut akan kekal aktif untuk tatapan peminatnya. Difahamkan, akaun terbabit kini dikendalikan oleh ahli keluarga Allahyarham dan akan berkongsi segala perkembangan terkini empat […]

Featured Fri, 10 Feb 2023

PU Riz Hadiahkan Gelang Tangan Sepadan Dengan Cincin Sempena Hari Lahir Neelofa Ke-34 – “Tiada Satu Tanggungjawabnya Boleh Dipersoal Kerana…”

Wahhh, cantiknya gelang tangan Lofa sama padan dengan cincin 🤩🤩 Happy Birthday Lofa Loveeee 🥰🥰🥰