Jocelyn Chia ‘Dibuang’ Keluarga – “Kami Tak Iktiraf Dia Sampai Kami Mati”

Pelawak kontroversi kelahiran Singapura, Jocelyn Chia sekali lagi mendapat perhatian apabila dia dibuang keluarganya kerana tidak tahan dengan kontroversi yang dicetuskan.

Menerusi ciapan di Twitter, bapanya, Anthony Chia Whye Liang mengumumkan dia dan isterinya, Shirley tidak mengiktiraf Jocelyn sebagai anak mereka sehingga mereka meninggal dunia.

“Saya secara umum memaklumkan buat kali pertama, saya dan isteri tercinta, Shirley akan menafikan anak perempuan kami Jocelyn Chia dari sini dan seterusnya sehingga akhir hayat kami,” tulisnya dalam satu hantaran di Twitter.

Anthony turut mengakui dia gagal dalam membesarkan anaknya itu.

“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.

“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” katanya.

Terdahulu, Jocelyn mencetuskan kontroversi selepas menjadikan topik kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu.

Menurut bapanya Anthony, Jocelyn Chia dibuang keluarga

Sumber: Twitter 

Khairil Khusyairi