Kes Amang Seksual, Ustazah Dedah PU Azman Lakukan Seks Oral Pada Anak Murid -“Dia Minta Ci*m Mulut & Kemal**n Hingga…”

Perbicaraan kes amang seksual melibatkan pendakwah selebriti, PU Azman diteruskan hari ini dengan saksi ketujuh dipanggil untuk memberikan kenyataan.

Saksi ketujuh yang juga merupakan seorang wanita bergelar Ustazah adalah bekas guru kepada mangsa kedua tampil hari ini bagi mendedahkan bahawa PU Azman pernah  melakukan seks oral terhadap mangsa sehingga mengeluarkan air mani.

Menurutnya, pendedahan itu dibuat oleh pelajar berkenaan pada tahun lalu dalam satu pertemuan.

“Mangsa pernah cerita pendakwah itu meminta untuk mencium mulut dan menghisap kemaluannya sehingga keluar air mani sebelum meminta pelajar berkenaan mengelap dan mencucinya di tandas,” katanya.

Saksi yang namanya tidak didedahkan itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan dari Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly dihadapan hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Seksyen Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.

Difahamkan, saksi ketujuh merupakan ibu kepada seorang lagi mangsa kes sama yang difailkan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor sebelum ini.

Dalam pada itu, wanita berkenaan percaya dengan pengakuan yang diceritakan oleh mangsa kedua kerana remaja itu adalah bekas anak muridnya.

“Saya yakin dengan cerita mangsa, ini kerana mangsa adalah bekas anak murid saya sejak darjah empat.

“Walau dia nakal, tapi dia tidak berbohong pada saya,” jelasnya.

Terdahulu, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, 43, berdepan dengan pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual dan kelucahan terhadap dua pelajar lelaki di sebuah kediaman yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari 2022.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin