Kisah Viral By: Nurul Hana June 15, 2023 @ 5:21pm

“Kepada B*ngsat Yang Ride Lawan Arus Tu, Aku Harap Kau…” – Penunggang Ducati Maut Jatuh ‘Flyover’ Elak Motosikal Lawan Arus

Tular sebuah video di laman sosial Twitter memaparkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi Ducati maut selepas terjatuh dari ‘flyover’.

Menerusi hantaran tersebut yang mula tular semenjak semalam, penunggang Ducati itu dilihat sedang mencuba untuk mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.

Penunggang Ducati tersebut kemudian terus hilang kawalan ke atas motosikalnya sendiri dan terbabas merempuh ‘flyover’ sebelum tercampak jatuh ke bawah.

“Awas, video 18SG. Kejap lagi aku delete. Nak sampaikan pesanan je.

“Kepada b*ngsat yang ride lawan arus tu, aku harap kau masuk penjara seumur hidup.

“Habis nyawa rider Ducati sorang melayang kat ramp SUKE sebab bodoh kau. Takziah kepada keluarga mangsa.

“Apa kat sekolah kau tak belajar sivik ke? Dapat ke aku, aku ludah ke kahak muka kau! Geram sungguh aku. Budak motor baghal tak ada otak,” ciap seorang pengguna di Twitter.

Menjengah respons ciapan terbabit, rata-rata warganet meluahkan rasa marah selepas melihat kebodohan penunggang motosikal melawan arus itu sehingga menyebabkan kematian orang lain.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman berjumpa dengan individu tidak bertanggungjawab yang sering membawa kenderaan melawan arus.

Bukan itu sahaja, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan terhadap individu bersalah dan membuat hukuman gantung sampai mati kerana bermain dengan nyawa orang yang tidak bersalah.

“Pagi tadi baru kena 3 biji lawan arus kat lorong moto tol Sungai Besi hala KL. Nasib baik tak laju dan tak banyak motor. B*ngsat siapa yang jenis lawan arus ni.

“Penjara satu, akhirat Iagi merana. Kebodohan sendiri akibatkan orang lain hilang nyawa. Yang lawan arus tu kau memang kene gantung sampai matilah,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 3 May 2023

Alliance VCC Lancarkan Kad Kredit Maya Pertama di Malaysia. Jom Daftar Sekarang!

Korang pernah dengar ke tentang VCC kad kredit maya? Haa… ni bukan macam kad fizikal yang korang selalu pegang tu. Perbezaan kad kredit maya ni wujud dalam bentuk elektronik dan digunakan untuk transaksi secara talian. […]

Trending Wed, 14 Aug 2019

Pencarian Berakhir…Mayat Sah Milik Nora Anne!

Ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari resort.

Trending Sun, 10 May 2020
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Fri, 19 Aug 2022

Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ramai Bangga Syamsul Yusof Terima Lamaran Pembikinan Filem Epik Cecah Ratus Juta Ringgit

Fuhhh, tak sabar rasanya nak tengok hasil mantap Syamsul Yusof buat filem epik sejarah Melaka! Alhamdulillah rezeki buat keluarga tersayang kann 🤩☺️☺️