Featured By: Salma Syahbuddin February 23, 2023 @ 8:30pm

“Saya Tak Nafikan Perkara Itu Pasti Ada…” –  Syafiq Kyle Elak Terpalit Kontroversi Menjelang Hari Bahagia, Mohon Peminat Doakan Kebahagian Bersama Mimi Lana

Pelakon popular, Syafiq Kyle mengaku berdepan cabaran terutamanya menjelang hari bahagia bersama pelakon dan model, Mimi Lana.

Menurutnya, perkara tersebut pasti ada dan dialami oleh semua orang, namun dia tidak akan berkongsi kepada umum.

“Kalau ada dugaan tak mungkin saya akan kongsikan kepada orang luar. Semuanya bergantung kepada diri individu untuk menerima dugaan yang dihadapi.

“Cuma setiap dugaan atau masalah yang berlaku mesti ada jalan penyelesaian,” katanya.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30, bagaimanapun berharap orang ramai dan peminat di luar sana mendoakan kebahagiannya bersama Mimi.

“Kita selalu dengar dugaan bertunang dan saya tak nafikan perkara itu pasti ada. Kalau boleh kita elakkan dan doakan yang baik-baik..

“Kepada orang luar janganlah asyik tanya dugaan sebelum menuju hari perkahwinan saja, sebaliknya doakan agar perhubungan kami kekal bahagia,” jelasnya.

Terdahulu, Syafiq mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini selepas proses merisik diadakan pada  21 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Muat Naik Foto Cincin, Syafiq Kyle Dah Merisik Mimi Lana

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Berkahwin Tahun Ini, Mimi Lana Mengaku Jatuh Hati Dengan Syafiq Kyle Sebab…

ARTIKEL BERKAITAN:“Kini Cuma Menanti Hari Bahagia Saja” – Syafiq Kyle & Mimi Lana Kahwin Lepas Raya

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Fri, 8 Oct 2021
Hiburan Sat, 18 Nov 2017

Malcolm Young Meninggal Dunia

Berita kematian Young, 64, dilaporkan dalam laman web kumpulan berkenaan.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Minta Maaf Atau Jumpa Di Mahkamah…Rita Rudaini Bagi Amaran!

Netizen sekarang mesti lebih peka dan berhati-hati dalam melayangkan komen

Featured Sat, 28 Jan 2023

“Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Jika saya berniat cederakan Bella, tak mungkin saya akan cuba sembuhkan – Siti Bainun

Hiburan Tue, 1 Oct 2019
Hiburan Mon, 2 Aug 2021

“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

Dek kerana komen terhadap isu yang melibatkan kes saman penyanyi Siti Nordiana disalah erti, pelakon Zulin Aziz menerima kecaman netizen. Difahamkan, Zulin meninggalkan komen menerusi satu hantaran dan ia merujuk kepada kes yang sedang berlaku

Featured Wed, 18 May 2022
Featured Mon, 30 May 2022

| Live TV