[VIDEO] Gara-Gara Kongsi Rakaman Azal Lamar Neera Azizi, Zarina Zainuddin Teruk Dihentam Netizen.. Ini Penjelasan Empunya Badan

Kecoh sejak semalam apabila pelakon Zarina Zainuddin memuat naik beberapa buah video yang memaparkan anaknya, Azal melamar seorang pelakon wanita di set penggambaran.

Tindakannya itu dihentam oleh pengguna media sosial dan menganggap dia tidak peka akan keadaan anaknya yang istimewa itu.

Menerusi video tersebut, kelihatan Azal melamar pelakon Neera Azizi sambil menyarungkan sebentuk cincin di jari pelakon tersebut.

“Sudikah awak menjadi isteri saya?” ucap Azal ketika melamar dan disambut dengan gelak tawa beberapa individu yang berada di situ.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya kurang senang dan tidak bersetuju dengan tindakan merekod video tersebut dan menyifatkan Zarina sebagai mempermainkan hati dan perasaan anaknya yang merupakan penghidap autisme.

    

Susulan itu, Zarina tampil memberi penjelasan selepas video tersebut mendapat kritikan wargamaya dengan menyatakan bahawa anaknya itu mengetahui situasi tersebut hanyalah sekadar lakonan semata-mata.

“Azal cakap dia berlakon saja. Dia pun tahu diri dia lah. Jangan buat andaian, saya lebih kenal anak saya. Dia tahu ini sekadar lakonan, percubaan sebelum penggambaran.

“Kalau ada jodoh, saya terima. Kalau tiada pun tak apa, saya jaga anak teruna saya hingga hujung nyawa,” jelasnya.

Jelasnya lagi, dia sebagai ibu kepada Azal lebih mengenali dan mengetahui bagaimana isi hati anaknya dan mempersoalkan wargamaya sebagai mudah terhibur atau mudah untu mengecam.

Untuk info, pelakon Kekasih Hati Mr Bodyguard ini mempunyai sepasang anak kembar lelaki yang menghidap autism iaitu Muhammad Raizal Azrai dan Muhammad Razil Azrai yang kini berusia 26 tahun.

Atiqah Johari