Events By: Dharnieya Nur Amelsa December 2, 2022 @ 7:30pm

Women Talk Musim 2 Bakal Dimeriahkan Lagi dengan Acara ‘Brunch With Women Talk’

Program bual bicara Women Talk sudah pun tiba di pertengahan program dan menceritakan mengenai isu semasa serta hal kehidupan golongan wanita di musim kedua.

Bersiaran sebanyak 13 episod, program Women Talk dihoskan oleh dua wanita hebat iaitu Deborah Henry dan Zoraya Vadillo dalam bahasa Inggeris dan turut menampilkan perbualan menarik yang berkaitan dengan kehidupan seharian seorang wanita.

Antara topik menarik yang telah dikupas sepanjang Women Talk musim kedua adalah Breaking The Glass Ceiling, The Art of Co-parenting: Balancing It Right dan We Are Our Own Biggest Competitors.

Bercakap mengenai ‘Brunch With Women Talk’ yang merupakan acara menarik khas sempena memperkasakan wanita dalam perbincangan topik-topik penting, ia bakal diadakan di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur pada 10 Disember 2022.

Menurut Datin Elaine Daly ketika ditemu bual di Sri Pentas, Bandar Utama, acara ‘Brunch With Women Talk’ ini diadakan memandangkan mereka mendapat maklum balas yang baik dari penonton.

Atas sambutan positif yang diterima, dia ingin memberi peluang untuk penonton untuk bertemu dan berkenalan dengan hos Women Talk.

“We had the show for two seasons already and we had a lot of feedback. So, we just thought that why not buat acara ‘Brunch With Women Talk’.

“Tujuan acara ini for the public to meet our host and for our host to meet the guest we have.

“Basically it’s a good event to have and to connect to our audience,” katanya.

Acara ‘Brunch With Women Talk’ ini bakal menampilkan barisan panelis istimewa seperti Datuk Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman, Christy Ng, Jaclyn Victor dan Nandini Balakrishnan.

Antara topik penting yang akan dibicarakan ialah Pasca Pandemik: Pandangan Baharu, Hargai Diri, Bertahan Di Dunia Didominasi Lelaki, Kesejahteraan dan Kesihatan Mental.

Kata Elaine lagi, pelbagai topik menarik yang akan dibicarakan di acara tersebut dan dia akan memastikan acara ‘Brunch With Women Talk’ akan berlangsung secara baik dan menarik.

“Ia adalah acara yang sangat santai. Dimana kami mempunyai barisan panelis yang hebat untuk bercakap tentang topik yang berbeza dan sudah tentu makan tengah hari bersama-sama.

“We talk about Self-love and Self-care, The Social Media World, The Survival of World Marriage dan banyak lagi.

“So we have pelbagai topik yang kami akan bincang dan we gonna make it very fun and interesting. So, it’s not like a boring talk,” katanya.

Jangan terlepas untuk mendaftar bagi acara ‘Brunch With Women Talk’ di www.xtra.com.my/wtbrunch dan berbicara dengan ikon-ikon wanita hebat yang akan terus memberi inspirasi.

Program bual bicara Women Talk juga boleh distrim langsung secara HD di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3 di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019
Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Kongsi Tips Untuk Murah Rezeki, Sarah Minta Suami…

Wow! Nak murah rezeki? Follow tips Sarah!

Featured Wed, 7 Dec 2022

Doa Dikurniakan Jodoh Di Jabal Rahmah, Liya Maisarah Idamkan Lelaki Soleh

Pempengaruh terkenal, Liya Maisarah tular di media sosial setelah memuat naik hantaran di TikTok dirinya sedang menunaikan ibadah Umrah. @liyamysarah.dsiJabal Rahmah, Bukit kasih sayang 🤍 Tempat Nabi Adam & isterinya Hawa bertemu kembali selepas ratusan […]

Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Azrinaz Mazhar Hakim ‘Belanja’ Gambar Baby Bump

Tak sabar nak tengok muka baby nanti!

Hiburan Sun, 10 Dec 2023
Featured Thu, 17 Nov 2022

Tempuh Penerbangan Berbelas Jam, Nazeera Sardi Hiking Dengan Dress Untuk…

Pelakon Nazeera Sardi berkongsi momen percutiannya di Turkiye. @nazeerasardi10 Berbelas jam fly ✈️ untuk sampai ke sini, hiking dengan dress seawal 6 pagi untuk sampai atas ni dengan kesejukan 9-11c. Tapi, rasa berbaloi dapat tengok […]

Hiburan Fri, 11 Oct 2019

Bukti Suami Romantik, Judika Sanggup Lakukan Hal Ini!

Beruntung Duma dapat suami romantik macam Judika!