Trending By: Fatin Nurain October 9, 2023 @ 5:44pm

“Tak Baik Laga-Lagakan Saya Dengan Adik-Beradik, Cukuplah” – Sajat

Pempengaruh dan usahawan Nur Sajat Kamaruzzaman tampil memberi peringatan kepada netizen untuk berhenti melaga-lagakannya dengan adik-beradiknya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Sajat meluahkan rasa kurang senangnya apabila ada yang mempersoalkan peranan adik beradiknya yang lain ketika ibu bapanya tidak sihat.

Menurut Sajat, adik-beradiknya banyak membantu kedua ibu bapanya dari segi tenaga sementara dirinya masih berjauhan dari keluarga dan hanya mampu menyediakan kewangan.

“Ada yang kata Sajat seorang je yang tolong tu. Sajat seorang sahaja yang tolong keluarga. Tak, bila kita ni ada keluarga, bila kita ada adik-beradik, adik-beradik kita ni ada tanggungjawab masing-masing.

“Macam saya, saya hanya bantu dari segi kewangan saja, financial. Tapi, dari segi tenaga saya tak mampu nak buat sebab saya jauh. Tapi, adik beradik saya yang tolong.

“Mereka bawa bapa saya pergi klinik, pergi hospital, luangkan masa, tengok dia apa semua ini. Tapi korang janganlah melaga-lagakan. Tak baik melaga-lagakan saya dengan adik-beradik, cukuplah eh,” katanya.

Enggan perkara itu berlarutan, Sajat turut meminta agar orang ramai berhenti membuat andaian sedemikian demi menjaga hati adik-beradiknya yang lain.

“Kadang-kadang adik-beradik saya ni melenting pun kerana mulut kau orang juga. Saya kalau boleh nak berbaik je. Kita nak positif je.

“Dengan page-page yang bercakap, cuba melaga-lagakan hanya saya yang menjaga bapa, adik saya tidak. Tak tidak. Adik beradik saya sentiasa bagi dorongan, padangan dan fokus pada mak bapa saya.

“Adik-beradik saya pun tengokkan anak-anak saya. Janganlah buat macam tu. Saya jadi mkan hati tau. Adik beradik saya rahsiakan benda ni sebab dia taknak bagi saya susah, tak nak saya sedih.

“Bukannya dia orang cuba sorokkan sesuatu, tak. Bila orang lain dengar, adik-beradik lain dengar dia akan terasa. Saya ni dahlah jauh dari keluarga,” jelasnya.

Terdahulu, Sajat berkongsi tentang status kesihatan bapanya yang dikatakan tidak boleh berjalan sejak mendapat suntikan booster.

Perkongsian tersebut juga turut menangkap perhatian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri membelikan bapa Sajat kerusi roda dan barang keperluan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak Tahu Bapa Jatuh Sakit, Rintihan Sajat Buat Ramai Tersentuh – “Kau Orang Senanglah Cakap, Tapi Yang Lalui Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Tunai Tanggungjawab Sebagai Sahabat, Aliff Syukri & Isteri Bantu Ayah Sajat

@sajatperempuanfuh Replying to @Norkaidah Endless #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral #sajat #nursajat ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] “My First Car Is Not For Me…” – Haneesya Hanee Hadiahkan Keluarga Kereta

Tahniah! Haneesya Hanee menghadiahkan keluarganya sebuah kereta.

Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Selebriti Tue, 26 Mar 2024

Isu Artis Veteran Pukul Abang Ipar, Pengurus Sahkan Shidee Direman Polis… Kes Masih Dalam Siasatan

Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan – Pengurus