Categories: Trending

KKM Sahkan Antibodi Pesakit Kluster Sungai Lui Sembuh Adalah Rendah

Biar betul?

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh KKM ke atas bekas pesakit Covid-19 dalam kluster Sungai Lui mendapati, hanya 20 peratus kehadiran antibodi iaitu jumlah yang sangat rendah menyebabkan mereka boleh dijangkiti kembali.

Menurut, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kajian dari negara lain turut mendapati mereka yang dijangkiti Covid-19 berhadapan dengan antibodi yang semakin berkurangan selepas lapan minggu pulih.

” Sepatutnya mereka yang dijangkiti Covid-19 mengalami peningkatan antibodi sehingga 80 peratus,” Katanya.

Oleh itu, Malaysia sedang menimbang untuk menjalankan kajian fasa ketiga mengenai Covid-19 dalam mencari kaedah terbaik untuk merangsang antibodi yang berkekalan pada pesakit yang sudah sembuh.

Salma Syahbuddin