Categories: Trending

Lelaki Kacak Iras Shah Rukh Khan Curi Tumpuan Ramai, Sebenarnya Dia…….

Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood terkenal yang mempunyai ramai peminat di Malaysia iaitu Shah Rukh Khan.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, Fendi Ismail menerusi Facebook, ramai warganet terutamanya wanita yang merasa teruja akan kekacakan wajahnya yang saling tidak tumpah seperti pelakon tersebut.

Difahamkan lelaki yang bernama Fendi Ismail ini berasal daripada Temerloh Pahang dan merupakan seorang penebar roti canai dan bertugas sebagai AJK surau di masjid.

Ha, Kantoi!

Namun selepas beberapa hari foto lelaki ini menjadi tular dan mendapat perhatian ramai khususnya warganet, akhirnya ‘temberang’ lelaki ini terbongkar apabila gambar yang menyerupai Shah Rukh Khan itu bukanlah gambar yang sebenar. Rupa-rupanya guna aplikasi Faceapp je!

Perkara ini diakui sendiri oleh anaknya menerusi ruangan komen di Twitter.

Lucu betul lah. Kita semua hampir percaya dengan ‘jelmaan’ Shah Rukh Khan di Malaysia. Zaman teknologi mutakhir ini semua perkara yang kita hendakkan tak jadi mustahil.

Tiba-tiba rasa nak tukar muka macam Preity Zinta lah!

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover