Categories: Trending

UNITEN & UKM Rancang Teruskan Kelas Dalam Talian

Tak lama sahaja lagi.

Walaupun kemasukan semula pelajar sepenuhnya ke kampus pada Oktober nanti, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merancang untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian

PdP Dilaksanakan Secara Gabungan Di UNITEN

Naib Canselor UNITEN, Prof Datuk Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha berkata, sistem PdP di universiti itu akan dilaksanakan secara gabungan iaitu dalam talian dan juga bersemuka bagi beberapa kursus yang memerlukan kehadiran ke makmal atau studio.

“Umpamanya makmal kejuruteraan, pelajar kena pergi ke makmal untuk buat praktikal atau uji kaji, tapi ada yang boleh buat kuliah dalam talian. Walaupun 100 peratus datang ke kampus, tidak semestinya kita tinggalkan dalam talian, ia kombinasi,” katanya.

66 Peratus Pelajar UKM Berminat PdP Dalam Talian

Sementara itu, Naib Canselor UKM, Prof Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, hasil tinjauan institusi itu mendapati 66 peratus atau dua pertiga daripada pelajar lebih berminat dengan kelas yang dibuat secara dalam talian.

“Jadi, kita akan cuba buat sebaik mungkin secara dalam talian kecuali kursus yang memerlukan makmal atau studio. Selain daripada itu, kita akan buat dalam talian walaupun pelajar berada di kampus. Mereka (pelajar) lebih selesa kerana sudah lama belajar secara dalam talian, jadi mereka mahu kekalkan cara yang sama,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh saksikan menerusi Youtube Buletin TV3 okay?

Sumber: Bernama

Syafiqa Irdina