Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain March 9, 2024 @ 4:34pm

Kongsi Foto Berinai… Didakwa Sudah Kembali Berumah Tangga, Mawar Rashid Enggan Ulas

Pelakon Mawar Rashid enggan mengulas berkenaan dakwaan yang menyatakan dia sudah kembali berumah tangga.

Menurut Mawar, perkara itu terlalu peribadi namun memilih untuk berkongsi sebarang berita gembira sekiranya sudah bersedia.

“Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi.

“InsyaAllah saya akan berkongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat,” katanya.

Hasil tinjauan XTRA, Mawar turut berkongsi fotonya memakai inai berwarna putih ketika duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang mengenakan baju melayu berona merah jambu di Instagram Story, sebentar tadi.

“Alhamdulillah,” tulisnya.

Difahamkan pelakon itu turut memuat naik gambar borang pernikahan dari Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac 2024 sebelum memadamnya semula.

Sementara itu, Mawar sempat memohon agar orang ramai mendoakannya.

“Buat masa sekarang doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

“Terima kasih atas doa dan ambil berat mengenai saya,” jelasnya.

Untuk info, Mawar pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada tahun 2017 namun, bercerai pada 23 November 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sehingga kini, mereka tidak mendedahkan punca perceraian yang berlaku.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Feb 2022
Hiburan Sat, 7 Mar 2026
Hiburan Sun, 3 Nov 2024
familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Featured Sat, 18 Jun 2022

[VIDEO] “The True Definition Of..” – Wow! Ini 3 Sebab Hati Aedy Ashraf Terkunci Pada Amelia Henderson, Ingin Berkahwin Secara…

Aishhh min lurve la couple ni! From hubs and wifey in Kisah Cinta Kita to realitiii 😭❤️ Insya-Allah, moga dipermudahkan buat pasangan comel ni! ❤️❤️

Drama Thu, 17 Nov 2022
Featured Wed, 11 Feb 2026

Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Berstatus Duda, Aishah Azman Beri ‘Priority’ Kepada Yang Single

elakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan lelaki berstatus duda

error: Content is protected !!