Trending By: Padin December 27, 2020 @ 8:34pm

“Kononnya Terkena Buatan Minyak Pengasih, Cerita Itu…” – Nafi Dah Bernikah Dengan PU Riz, Neelofa Akhirnya Buka Mulut

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa tampil menjernihkan keadaan selepas pelbagai spekulasi yang tersebar mengenai dirinya semenjak petang semalam.

Menjelaskan situasi perhubungannya dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz, Neelofa menjawab semua persoalan menerusi sebuah kenyataan media.

Berikut merupakan kenyataan penuh Neelofa:

“Berkenaan dengan perkara yang sedang tular semenjak petang Sabtu semalam, pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar tentang diri saya dan keluarga.

“Berikut adalah penjelasan penuh berkaitan beberapa hal yang banyak dibualkan di media sosial.

“Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami.

“Antara andaian dan tuduhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut :

• Kononnya terkena buatan minyak pengasih.

Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.

Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik.

Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

• Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris.

Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

• Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

“Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

“Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku.

“Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan.

“Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan.

“Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati.

“Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk sama-sama memahami dan dapat memberikan saya ruang yang sewajarnya.

“Harap perkara ini tidak lagi akan berpanjangan. Terakhir, saya perlukan doa-doa anda buat saya.

“Terima kasih juga untuk segala sokongan yang diberikan. Saya sangat hargai,” katanya panjang lebar dalam kenyataan media terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perangai Sebenar Seseorang Akan Muncul..” – Timbul Pelbagai Spekulasi, Hubungan PU Riz & Neelofa Didakwa Berantakan?

Neelofa turut berkongsi video di ruangan Instagram TV miliknya dan memohon doa orang ramai.

Terdahulu, Haris dan keluarganya datang merisik Neelofa dalam sebuah majlis yang diadakan pada 1 November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Berkahwin Mac Depan, Neelofa Sah Dirisik PU Riz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Meerqeen nak keluar lagu baru ke? Wahh multitalented lahh, Ayang siapa la ni untungnyaaa 🥰🤪🤪

Featured Wed, 27 Oct 2021

Tak Tahan Digganggu, Tindakan Berani Gadis Ini Menegur Lelaki Yang Mengikutinya Dapat Perhatian Ramai

Siapa sahaja yang tidak takut apabila terdapat lelaki tidak dikenali memerhati dan mengganggu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Pada Selasa yang lalu, satu video di TikTok tular dimana seorang gadis berhadapan dan menegur lelaki […]

Featured Mon, 13 Sep 2021
Trending Fri, 14 Feb 2020
Trending Thu, 21 Jan 2021

Kaedah & Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin Tambahan

Info penting buat korang yang nak mohon GKP tambahan!

Trending Wed, 11 Aug 2021

Lebih Eco-Friendly, Sebenarnya Ada Alternatif Yang Lebih Baik Bagi 5 Item Ini… Check It Out!

Anda mesti tak tahukan, sebenarnya banyak je perkara yang anda boleh tukar untuk menjadikan bumi ini lebih bersih dan kurang sampah! Bukan sahaja memudahkan tapi sebenarnya lagi jimat tau sebab anda boleh guna balik beberapa […]

Featured Sun, 23 Oct 2022