Categories: FeaturedTrending

“Kurang Ajar!” -Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa Iklan Judi Hari Raya Persenda Agama Islam

Baru baru ini tular sebuah video yang menggunakan lagu raya untuk mempromosikan aktiviti perjudian.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana dilihat mempersendakan ajaran agama Islam.

Terbaru, pelakon Ashraf Muslim dilihat meluahkan kekecewaan beliau menerusi laman Instagram.

“Kurang Ajar! Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Secara terang-terangan mengajak orang ramai buat dosa. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah. Tapi video yang korang tgk ni telah merosakkan bulan yg suci ini.

“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa!JUDI ITU HARAMM!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yg berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani plak nak promosi mcmni.” tulisnya.

Dalam video tersebut jelas dilihat dua wanita dilihat memakai pakaian tradisional iaitu berbaju kurung dan berbaju Melayu bagi lelaki menyanyikan lagu bertemakan hari raya sambil mempromosi laman web perjudian.

Setakat ini, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan mengambil tindakan terhadap penerbit serta pelakon iklan terbabit.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”