Trending By: Ad Ops April 17, 2018 @ 2:52am

Lama Menyepi, Syamel Kini Berat Sebelah!

Selepas namanya menjadi bualan kerana berjaya merangkul vokal terbaik pada Anugerah Juara Lagu Ke-32 menerusi lagu Aku Cinta bergandingan bersama Erni Zakri, Syamel sememangnya mempunyai bakat yang luar biasa. Namun, sejak kebelakangan ini, Syamel kelihatannya agak menyepi. Merajuk ke Syamel?

Dilabel sebagai pilih bulu? Syamel tidak mendiamkan diri lantas menjelaskan tentang dakwaan tersebut.

 

Baginya, dia tidak pernah membezakan setiap tawaran yang diterima. Tidak perlu timbul isu persembahan yang tidak berkualiti seperti sekadar melepaskan batuk di tangga kerana perkara tersebut juga boleh menjejaskan reputasinya.

Menurut Syamel, dia sentiasa memberi persembahan terbaik untuk peminat dan penonton kerana dia dibayar, namun harus diakui, terdapat perbezaan antara persembahan di pentas biasa dengan pentas pertandingan.

Tambahnya lagi, dalam setiap pertandingan usaha dan kerja keras itu perlu untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi. Kerana, usaha dan kerja keras itu mampu mengangkat dan menonjolkan dirinya. Namun bagi Syamel, itu tidak bermakna beliau memandang ringan persembahan lain. Kerana, sebagai seorang penyanyi dalam industri yang tidaklah begitu besar, beliau haruslah mempunyai rancangan dan strategi dalam kariernya.

Sebenarnya, memang wujud perbezaan persembahan biasa dengan pertandingan. Itu adalah perkara biasa. Diharap Syamel memandang perkara ini secara positif dan tidak putus asa dalam kerjayanya sebagai penyanyi. Peminat sentiasa menyokong Syamel kan?

Ditulis oleh: Nur Nasuha

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kedua, Isteri Aril Pilus Hilang Banyak Darah & Terpaksa Buang Rahim

Semoga diberikan kesembuhan buat isteri Aril yang kini berada di ICU

Featured Fri, 16 Dec 2022

Zack Tabudlo Mulakan Langkah Bina Nama Di Rantau Asia

Penyanyi berasal Filipina, Zack Tabudlo makin dikenali dengan lagu berjudul Pano. Lagu ini mencipta fenomena tersendiri di negara asalnya lalu menular ke negara jiran Indonesia dan akhirnya sampai ke negara Malaysia. Pano adalah bukti negara […]

Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!

error: Content is protected !!