Trending By: Padin April 12, 2021 @ 1:58pm

Lancar Sepi Dalam Versi Korea, Aina Abdul Bersedia Terima Teguran & Kritikan

Baru sahaja melancarkan lagu Sepi pada Februari lalu, penyanyi Aina Abdul kini tampil dengan versi baharu lagu terbabit yang dialih kepada bahasa Korea.

Menurut wanita yang berasal dari Negeri Sembilan ini, dia tidak gementar dengan kritikan berkenaan cara sebutan dalam bahasa Korea.

“Alhamdulillah, selepas melahirkan single Sepi pada Februari, kini saya muncul dengan Sepi dalam bahasa Korea pula.

“Sejujurnya, saya tak rasa bimbang orang nak kritik cara sebutan saya kerana saya sendiri sudah bersedia untuk mempelajari bahasa Korea dengan lebih baik,” katanya.

Tambah Aina, keputusan untuk muncul dengan versi Korea lagu Sepi adalah kerana dia sudah mengumpul peminat dan penggemar budaya Korea menerusi video nyanyian semula lagu K-Pop yang dimuat naik olehnya di laman sosial sebelum ini.

“Saya bersyukur ada yang meminati saya menerusi lagu-lagu K-Pop yang saya nyanyikan semula.

“Saya bersedia menerima teguran dan kritikan. Lagu Korea sendiri pun ada menyelitkan lirik dalam bahasa Inggeris dan cara sebutan mereka pun tidak begitu sempurna. Namun, ramai peminat menerima perkara terbabit dengan baik dan tidak mempertikaikan ia kerana kejujuran yang dipersembahkan.

“Seperti saya sendiri, secara peribadi, saya menghormati budaya dan bahasa Korea. Ia merupakan salah sebuah bahasa yang bagus untuk saya pelajari,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Trending Thu, 18 Jan 2018

Disangka Dengar Ceramah, Pelajar Juvana Akhirnya Loloskan Diri

Polis memburu tiga penghuni sekolah juvana Teluk Air Tawar yang dipercayai melarikan diri ketika program ceramah harian diadakan

Trending Fri, 26 Mar 2021