Categories: Trending

Langgar SOP, Kes Neelofa & PU Riz Ditangguh

Sebutan semula kes pendakwaan selebriti popular Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai karpet di Nilai ditangguhkan sekali lagi pada 12 Ogos depan.

Memetik laporan Kosmo, Peguam yang mewakili pasangan ini, Haresh Mahadevan berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 15 Julai 2021 tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Seremban.

“Mahkamah telah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 12 Ogos depan atas alasan PKPD masih dikuatkuasa di Seremban,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Terdahulu, Noor Neelofa, 32, didakwa atas pertuduhan gagal membuat imbasan menerusi aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual.

Manakala, PU Riz, 26, dikenakan dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Salma Syahbuddin