Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini.

Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.

Pembayaran ini melibatkan kategori penerima pemandu teksi atau kereta sewa, bas sekolah dan bas persiaran yang memenuhi kriteria bantuan itu, manakala tarikh pembayaran bagi pemandu e-hailing akan dimaklumkan kemudian.

“Pihak APAD ingin menjelaskan bahawa pindaan tarikh pembayaran ini disebabkan oleh proses teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pemohon yang terlibat amatlah dikesali dan pihak APAD memohon maaf berhubung perkara ini,” menurut kenyataan itu.

– Bernama

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”