Trending By: tex_admin October 11, 2018 @ 12:00pm

Lelaki Ini Tak Perasan Ada Paku Dalam Kepalanya. Ngerinya!

Cuba anda bayangkan dalam kepala anda ada paku! Apa perasaan anda? 

Baru-baru ini, seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Hu sering mengadu sakit kepala. Dia yang bekerja di sebuah kilang simen di Chongyang, wilayah Hubei, China sendiri agak pelik dengan misteri sakit kepalanya yang berlaku terlalu kerap. 

Namun apabila dia membuat pemeriksaan doktor, mereka menjumpai sebatang paku sepanjang 48 milimeter terbenam di dalam kepalanya! Sangat mengejutkan!

Penemuan ini dibuat melalui CT scan. Doktor yang merawatnya juga berasa pelik kerana tahap kesihatan Hu agak baik dan bacaan tekanan darahnya juga normal. Tiada masalah langsung!

Foto: Scmp

“Saya tidak tahu bagaimana paku itu boleh berada di dalam kepala. Tugas saya di kilang hanyalah memantau kamera pengawasan kilang sahaja.

“Kerja yang saya lakukan langsung tidak ada kena-mengena dengan penggunaan paku,” kata Hu.

Berikutan dengan penemuan paku tersebut juga, Hu terpaksa menjalani pembedahan untuk membuangnya dari dalam kepalanya.

Ngeri betul! Kepada anda yang kerap sakit kepala, segeralah berjumpa dengan doktor, ya! Mana tahu, ada paku dalam kepala! 

Sumber: South China Morning Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Wed, 1 Mar 2023
Featured Wed, 22 Sep 2021