Trending By: Attiqah Mohd November 19, 2020 @ 3:46pm

Media Prima Catat Untung Bersih 11.8 Juta, Jenama Digital Kini Di Bawah REV Media & WOWSHOP

Media Prima Berhad (Media Prima)  mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM11.8 juta untuk suku ketiga 2020 (3QFY20), sekaligus memperbaiki catatan kerugian selepas cukai (LAT) berjumlah RM25.6 juta bagi suku sama tahun lalu (3QFY19).

Perolehan meningkat sebanyak 1.0 peratus kepada RM268.8 juta bagi 3QFY20, berbanding RM265.5 juta bagi 3QFY19, meskipun berdepan landskap ekonomi yang lebih sukar susulan kesan pandemik global.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2020 (9MFY20), perolehan Kumpulan berjaya dipertahankan dan hanya menyusut sebanyak 7.0 peratus kepada RM743.5 juta berbanding RM801.4 juta yang dicatatkan tahun lalu (9MFY19).

Malah, LAT berkurang sebanyak 54 peratus kepada RM36.2 juta pada 9MFY20 berbanding kerugian sebanyak RM79.2 juta bagi tempoh perbandingan.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Syed Hussian Aljunid berkata
“Walaupun berhadapan dengan cabaran semasa pandemik, populariti WOWSHOP telah membantu kami untuk berjaya seperti pencapaian yang dicatatkannya pada suku ini.

“Pencapaian WOWSHOP yang mantap mengesahkan lagi keputusan kami untuk memiliki sepenuhnya perniagaan berkenaan.

“Ia juga mengesahkan betapa pentingnya Media Prima kepada pelanggan kami ketika pandemik Covid-19, bukan saja untuk keperluan perdagangan malahan sebagai sumber untuk hiburan dan berita penting pada masa kita menjalani kehidupan norma baru.

“Ini dapat dilihat melalui peningkatan penonton televisyen dan pengguna di keseluruhan jenama digital kami.

“Namun, kami menjangkakan kesan ekonomi akibat pandemik ini akan berterusan dan kami akan terus berusaha menerokai penyelesaian jangka panjang bagi mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran, di samping menyesuaikan perniagaan dan operasi kami dengan norma baru,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, impak pandemik Covid-19 dan seterusnya perintah kawalan pergerakan telah memberi kesan kepada perniagaan, terutamanya perolehan periklanan, produksi dan ketersediaan bekalan kandungan.

“Saya amat berbangga dengan pasukan kami yang telah bersama-sama tampil dengan semangat kental untuk mencari kaedah yang kreatif dan berfikir di luar kotak bagi meneruskan operasi perniagaan dalam tempoh yang sukar ini.

“Disebabkan usaha gigih mereka, Kumpulan berjaya untuk terus menyampai, memberi ilham, mengajar dan menghiburkan rakyat Malaysia ketika pandemik tanpa menjejaskan kualiti kandungan yang dipersembahkan.

“Walaupun ini adalah masa yang amat sukar, ia juga adalah peringatan terhadap kewajipan kami kepada rakyat Malaysia sebagai kumpulan media bersepadu terbesar.

“Dengan skala kami, Media Prima berupaya membawa perubahan besar dan kesan positif kepada kehidupan mereka,” katanya.

Menurutnya, ketika krisis, rakyat Malaysia bergantung kepada Media Prima di mana pembaca dan penonton mahukan sumber maklumat yang boleh dipercayai bagi mendapatkan perkembangan terkini dan panduan untuk kekal selamat.

“Di samping menyampaikan laporan berita yang bermakna sepanjang krisis, kami turut melancarkan kempen derma Tabung Bantuan Kemanusiaan Covid-19 pada bulan Mac untuk membeli peralatan perubatan yang amat diperlukan oleh hospital-hospital kerajaan terpilih di seluruh negara.

“Bagi menaikkan semangat penonton ketika menghadapi pandemik ini, kami menyertai inisiatif Super Stream Malaysia dengan menayangkan program drama dan komedi popular untuk jangka masa terhad di YouTube.

“Kejayaan dan kemampanan adalah penting dan kami akan terus menyampaikan kandungan yang relevan dan berkualiti, selain meningkatkan kecekapan operasi.

“Kami akan terus berusaha untuk memberikan nilai yang terbaik kepada semua pihak berkepentingan,” katanya.

Jenama Digital Di Bawah REV Media dan WOWSHOP

Jenama-jenama digital dan perdagangan di bawah Media Prima telah disatukan di bawah REV Media Group dan WOWSHOP, dengan matlamat untuk mencapai sinergi dan untuk mengukuhkan kedudukan pasarannya.

Bagi tempoh sembilan bulan dalam kajian, REV Media Group mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 14 peratus kepada RM60.6 juta berbanding RM53.2 juta perolehan bagi tempoh dalam perbandingan.

REV Media Group terus menambah pelaburan dalam segmen e-sukan melalui Squad Up,iaitu kejohanan PUBG mobile yang dihoskan melalui usahasama dengan YouTube Malaysia dan juga ditaja oleh McDonald’s dan Samsung.

Squad Up menampilkan lebih 250 pasukan dan menjangkau lebih 600,000 tontonan di saluran rasmi YouTube TV3.

Segmen beli-belah di rumah Kumpulan baru-baru ini telah melancarkan identiti jenama baru – WOWSHOP Sdn Bhd (WOWSHOP) – susulan pengambilalihan sepenuhnya perniagaan berkenaan.

WOWSHOP mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM9.5 juta bagi 9MFY20 dan peningkatan perolehan sebanyak 36 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Sehingga kini, WOWSHOP telah merekodkan lebih 2.3 juta pelanggan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 7 Apr 2022

Libatkan Cahaya Mata Dalam Rancangan ‘Diari Daddy’, Shuib Tak Cenderung Anak-Anak Jadi Artis

Mungkin ada sebab tersendiri mengapa Shuib memilih sedemikian..

Featured Tue, 26 Oct 2021

“Baru Sebulan Kami Berkahwin, Sejujurnya Memang Seronok” – Zizi Kirana Gembira Gara-Gara…

Genap sebulan usia perkahwinan, Zizi Kirana meluahkan rasa gembiranya berkahwin dengan suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrin. Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, kini dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang […]

Trending Tue, 13 Apr 2021

“Kiosk Jualan Kena Pecah Masuk, Operasi Jualan Terganggu” – Ujian Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Infaq Ramadan

Biarpun ditimpa ujian, pelakon Putra Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 36, tetap melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 April sehingga 20 April ini. Menurut Amaris, dia menganggap setiap halangan yang datang merupakan satu bentuk […]

Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Featured Mon, 7 Nov 2022