Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 25, 2021 @ 1:25pm

“Memang Terpancar Ketenangan & Kemesraan Tu!”- Ramai Puji Mira Filzah Dalam Video Terbaharu #EmirAmirah

Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dijalankan namun, muat naik video berdurasi 11 minit menerusi Youtube rasmi Mira Filzah bersama suami, Wan Emir Astar ternyata mencuri perhatian netizen sekaligus menghilangkan sedikit tekanan pengikut mereka.

Video berjudul Wan Brothers Couple Challenge Part 2 itu menunjukkan Mira Filzah, Emir, Shalma Ainaa, Imar dan adik beradik yang lain bersama-sama berkumpul dan bermain permainan yang dipanggil sebagai Password Challenge.

“Very polite tau Mira ni…”

Dan, apa yang menarik perhatian netizen adalah ketenangan yang ditunjukkan oleh Mira ketika bermain permainan tersebut.

Bukan itu sahaja, kemesraan diantara Mira dan Emir juga merupakan antara momen menarik untuk ditonton oleh peminat setia mereka di laman Youtube berkenaan.

 

Peminat terhibur, siap request more videos lagi!

Jika dilihat menerusi ruangan komen di laman Youtube berkenaan, rata-rata netizen dan peminat setia #emiramirah mahupun Shalma Ainaa terhibur dengan ‘content’ yang disajikan buat mereka malah, ada segelintir di antara mereka meminta agar video sebegini dikekalkan.

Bagi peminat, video yang dihasilkan ini sekaligus dapat menunjukkan karakter masing-masing dan kemesraan yang terjalin sesama ahli keluarga ini turut meninggalkan momen manis buat sesiapa sahaja yang menontonnya.

Untuk bahagian pertama Wan Brothers Couple Challenge ini, korang boleh tonton menerusi Youtube rasmi Shalma Ainaa di bawah okay!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 May 2021
Hiburan Sun, 9 Feb 2025

Terima 10 Dinar Emas & Cincin, Wanna Ali Sah Bergelar Isteri

Wanna Ali sah bergelar isteri Khairil Amri Khalid

Hiburan Wed, 27 Aug 2025

“Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin

Fattah Amin suka penyanyi kegemaran wanita Amira Othman

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Duet Lagu ‘Lemak Manis’ Bersama Haziq Rosebi, Aina Abdul Teruja Wirawati Tun Dr Siti Hasmah Petik Piano – “Tak Pernah Terlintas Jumpa Beliau”

Wahhhh, sempoinya Tun Dr Siti Hasmah main piano, Aina & Haziq pula nyanyi 🤩 Kita perlukan lagu duet mereka! 😚

Featured Wed, 26 Nov 2025

Puteri Sarah Takut Individu Misteri Ancam Hantar Sihir – “Dia Siap Beri Amaran…”

Kata Sarah, individu itu seringkali memberikan kata-kata ancaman sehingga membuatkan dirinya berasa takut.

Trending Mon, 29 Oct 2018

#UPDATE; Bukan Pesawat Lama, Lion Air Sahkan JT 610 Baru Diguna Sejak Ogos 2018

Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui beberapa serpihan dan barang milik penumpang pesawat berkenaan.

error: Content is protected !!