Categories: Trending

Mengaku Buat Kesilapan, Ismail Izzani Putus Cinta Dengan Shalma Eliana… Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Hubungan cinta antara penyanyi Ismail Izzani, 21, dan Shalma Eliana, 21, kini sudah berakhir.

Mendedahkan perkara ini dalam sebuah temu ramah bersama Melodi TV3 Ahad lalu, Ismail berkata kini dirinya dan penyanyi yang mesra dengan nama Yana itu sudah membawa haluan masing-masing.

“Ya, hubungan saya dengan Yana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Lagipun saya ada banyak lagi perkara yang saya nak terokai dan jalani. Begitu juga dengan Yana.

“Kami masih lagi berkawan. Itu yang membuatkan saya gembira. Macam-macam perkara yang berlaku dan saya ingin lebih mengenali diri saya dengan lebih mendalam,” katanya.

Penyanyi lagu Luar Biasa ini juga mengakui dia ada membuat kesilapan sehingga hubungan percintaan mereka berakhir.

“Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. ‘I messed up’. Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Yana menganggap mereka masih muda dan banyak lagi yang harus mereka pelajari.

“Kami masih lagi muda dan banyak lagi perkara yang harus kami belajar. Tapi tak mengapalah, perjalanan saya dengan Ismail masih lagi panjang. Walau apa pun yang terjadi di antara kami, tiada apa-apa kerugian pun,” katanya.

Ketika ditanya mengenai segala pemberian Ismail, termasuk cincin berlian yang pernah dihadiahkan sebelum ini, Yana mendedahkan cincin itu sudah tiada lagi bersamanya.

“Dia selalu bagi saya hadiah dan begitu juga dengan saya. Jadi saya rasa perkara itu adil dan tidak perlu rasanya untuk kami pulangkan apa-apa.

“Lagipun, cincin itu sudah tiada lagi dengan saya. Tangan saya pun dah kosong. Sebenarnya ada tragedi yang berlaku,” kata Yana.

Dedah Ismail pula, dia dan Yana sudah bersepakat membuang cincin berlian itu ke dalam sungai.

“Ada satu perkara yang terjadi pada cincin itu. Satu hari saya dan Yana ada pergi berkhemah bersama beberapa orang kawan. Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kata kita buang je cincin ini. Itu adalah detiknya.

“Walaupun ia adalah detik yang agak sukar namun, saya rasa itu juga adalah perkara yang terbaik untuk Yana. Saya gembira dengan keadaan dia sekarang. Dia semakin bermotivasi dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan,” katanya.

Padin