Categories: Trending

Mengejutkan! Wanita Ini Dijangkiti Covid-19 Sebanyak 8 Kali

Pelik tapi benar!

Seorang wanita dijangkiti Covid-19 pada Mac lalu dan kini beliau menunjukkan positif wabak itu buat kali yang ke-8.

Tracy Schofield dari Cambridge, Ontario, Canada, disahkan belum bebas daripada virus itu selepas menjalani sembilan saringan.

Alami sesak nafas yang teruk

Sumber : Google

Menurut Tracy, beliau mengalami gejala Covid-19 termasuklah dengan dengan suhu 41 darjah Celcius, menggigil dan sesak nafas pada 30 Mac dan disahkan positif buat pertama kalinya pada keesokan harinya.

Manakala, menurut laporan CTV News, lebih malang lagi apabila ketujuh-tujuh saringan mengesahkan Tracy masih positif wabak tersebut.

Pada ujian kelapan, dia disahkan negatif Covid-19, tetapi kegembiraannya tidak bertahan lama apabila kembali disahkan positif virus itu pada ujian kesembilan.

Bagaimanapun, Tracy Schofield masih menunggu untuk menjalani ujian saringan untuk kali ke-10. Dan, selepas lebih 50 hari dia memberitahu kepada CTV dia masih mengalami sesak nafas.

Sumber : Google

Dalam pada itu, Profesor Immunologi di Universiti Waterloo di Ontario, Brian Dixon, berkata, terdapat kebarangkalian ujian saringan memberi keputusan salah.

“Ia memandangkan individu hanya memberi sampel yang kecil daripada badan mereka,” katanya.

Salma Syahbuddin