Categories: Trending

KKM Umum 13 Kluster Telah Diisytiharkan Tamat!

Alhamdulillah.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengumumkan, sebanyak 13 kluster Covid-19 sudah tamat, termasuk dua yang diisytiharkan KKM pada 18 Mei lalu.

‘Kluster Diisytiharkan Tamat’ bermaksud tiada lagi kes baharu dicatatkan dalam sesuatu kluster berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan.

Menerusi Facebook dan Twitter rasmi KKM, kementerian itu memperincikan kesemua kluster berkenaan ialah

  1. Kluster Seksyen 6 Bandar Baru Bangi
  2. Kluster Warga Emas (pusat jagaan warga emas)
  3. Kluster Bandar Baru Bangi (Majlis Perkahwinan)
  4. Kluster Selayang (Pasar Harian)
  5. Kluster Rembau
  6. Kluster Tabligh Pakistan di Sabah
  7. Kluster Petugas Kesihatan Sungai Buloh
  8. Kluster Pekan
  9. Kluster Kilang Pasir Gudang
  10. Kluster BBIM
  11. Kluster Tabligh Makassar Sabah
  12. Kluster Pengerang
  13. Kluster Istana Negara

KKM turut menyatakan kriteria utama dalam menentukan penamatan kluster tersebut.

Apa-apa pun jangan gembira lagi sebab kes baharu nampaknya masih ada walaupun jumlah sembuh mencapai 80 peratus.

Stay safe semua!

Sumber: Twitter KKM Putrajaya

Syafiqa Irdina