Trending By: Syamir Shafie January 9, 2024 @ 10:13am

Menyeramkan! Individu Dengar Jeritan Minta Tolong Dari Dalam Kubur…Rupanya Ramai Juga Lalui Perkara Sama!

Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial perkongsian seorang individu mendakwa telah mendengar suara lelaki meminta tolong di sebuah tanah perkuburan.

Pemilik aplikasi TikTok dengan nama @SPcreative sempat memuatnaik video berdurasi tujuh saat itu yang merakam diri dan anaknya dalam keadaan ketakutan.

Memetik laporan Harian Metro, wanita tersebut, Najwa Mat Rasid tidak dapat menahan rasa gementar setelah mendengar suara jeritan manusia yang seolah-olah meminta tolong.

“Saya jadi gementar dan takut sepanjang perjalanan pulang ke rumah kerana teringat apa yang didengari itu,” katanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Klang.

Najwa berkata, usai menziarahi pusara ibunya pada waktu lewat petang menjelang senja, secara tiba-tiba suara itu kedengaran dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Justeru, dia tergamam malah terkejut dengan situasi yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Saya tidak berseorangan ke sana kerana bersama kakak serta anak kami.

“Ketika nak ke pagar kubur, saya dikejutkan dengan suara jeritan itu… ia tidaklah kuat… sayup saja.

“Bagi mendapat kepastian, saya tanya kakak dan dia (kakak) juga dengar suara itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najwa turut berkongsi reaksi netizen terhadap video tersebut.

Rata-rata warganet mengatakan mereka turut berdepan pengalaman mistik yang sama malah ada yang mendakwa gangguan tersebut tidak terhenti di tanah perkuburan itu sahaja malah berlaku di rumah juga.

Namun demikian, terdapat segelintir netizen yang menafikan perkara tersebut kerana bertanggapan ia bukan suara manusia.

“Antara komen diterima adalah daripada mereka yang tinggal berdekatan tanah perkuburan, yang mengatakan pernah dengar suara seolah jeritan manusia, tak lama selepas jenazah dikebumikan.

“Ada juga yang tidak percaya dan kata mungkin betul apa saya dengar itu atau mungkin juga bukan suara manusia tapi haiwan.

“Terpulang kepada tafsiran mereka yang menonton, cuma secara peribadi, saya jadikan apa yang berlaku itu sebagai peringatan untuk lebih mengingati kematian,” katanya.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 May 2021

Sabarlah Duhai Hati & Cukup Derita Itu Eksklusif di iQiyi Bulan Ramadan Ini

Drama bersiri Sabarlah Duhai Hati dan Cukup Derita Itu telah menyertai senarai drama-drama ternama hasil daripada perjanjian perkongsian kandungan drama yang dipersetujui di antara pengeluar dan pengedar kandungan terbesar di Malaysia, Primeworks Studio dan sebuah […]

Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Tue, 20 Sep 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023
Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022