Categories: Trending

Mommy-to-be Siti Nurhaliza Rai Birthday ke-39

Tanggal 11 Januari lalu, genap usia 39 tahun penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Taruddin. Hari jadi tahun ini memang sangat bermakna buat penyanyi cantik ini sebab Mac nanti Siti bakal menimang cahaya mata.

It’s a PRINCESS!

Sempena sambutan hari jadinya itu, Siti turut mengumumkan jantina bayi kandungannya iaitu bayi perempuan yang kini memasuki usia 7 bulan.

Hi Assalamualaikum, pertama sekali terima kasih kepada semua yang mengucapkan hari lahir buat saya. Saya sangat berterima kasih dan doakan semuanya selamat. Alhamdulillah, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah zuriat yang bakal dilahirkan InsyaAllah pada bulan Mac nanti.

Doakan semoga ianya sempurna. Nak kongsikan dengan anda semua sempena hari jadi Siti, insyAllah apa yang kami nanti-nantikan rezeki cahaya mata kali ini doktor mengesahkan bahawa kandungan Siti adalah seorang puteri. Doakan semoga puteri kami sihat sempurna dan menjadi anak yang solehah. InsyaAllah, terima kasih semua.

Birthday wishes dari serata dunia…

Laman sosial penyanyi kesayangan ramai ini turut dibanjiri dengan ucapan selamat hari jadi bukan sahaja daripada peminat Malaysia, malah juga dari Asia dan seluruh dunia!

Paling mendapat perhatian ucapan peminatnya dari Brazil, @philosopop yang membuat ucapan menerusi Twitter dan Instagram. Siap ada tatu Siti lagi di lengannya, betul-betul big fan ni!

 

Breast pump hadiah paling sweet

Sempena hari jadi, Siti turut menerima pelbagai kejutan dan yang paling sweet Siti menerima hadiah set pam susu daripada anak tiri dan menantunya, Asyraf dan Tya Arifin. Memang terbaik!

Ad Ops