Categories: Trending

Naim Daniel Terlibat Kemalangan, Peminat Menangis Doakan Keselamatan

Penyanyi popular menerusi lagu Sumpah dan Purnama, Naim Daniel dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan Semenyih.

Perkara itu turut dikongsi penyanyi ini menerusi muat naik di laman instagram miliknya sebentar tadi.

Bagaimanapun, kemalangan yang melibatkan kereta yang dipandunya itu terbabas menyebabkan beliau mengalami hentakan dibahagian rahang.

Rakan artis dan peminat doakan keselamatan

Berita mengenai kemalangan Naim ini sekaligus membuatkan peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen instagram miliknya.

Malah, ada peminat yang turut menangis mendengar perkhabaran ini.

Apapun, kita mendoakan Naim Daniel baik-baik sahaja okay!

Salma Syahbuddin