Categories: Trending

Tiada Pengecualian Duti Setem Pindah Milik Hartanah Buat Masa Ini – Tengku Zafrul

Kerajaan tidak bercadang memberikan pengecualian duti setem pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak ketika ini.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan mengumumkan peremitan duti setem sebanyak 50 peratus diberikan ke atas surat cara pindah milik bagi urusan pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara ibu bapa kepada anak atau sebaliknya.

Elak berlakunya masalah tuntutan harta

Peremitan duti ini diberikan bagi menggalakkan urusan pindah milik harta antara ibu bapa dan anak dilakukan ketika hidup sekaligus mengelakkan berlakunya permasalahan tuntutan harta selepas kematian antara satu pihak berkenaan.

Selain itu, ia juga bagi mengelakkan tuntutan harta pusaka di mahkamah.

Terhad bagi warganegara sahaja

Tambahnya lagi, peremitan duti setem   terpakai bagi surat cara pindah milik harta tak alih disempurnakan pada atau selepas 1 Januari tahun ini dan terhad bagi penerima harta tanah yang bertaraf warganegara saja.

Sumber : BH

Salma Syahbuddin