Trending By: SGMS Enal July 10, 2019 @ 11:00pm

Nak Beli Rumah Tapi Kena Black List PTPTN? Ini Berita Baik Untuk Korang!

Berita baik buat anda yang merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam dalam Sistem Rujukan Maklumat Berpusat (CCRIS), nampaknya anda akan dikecualikan daripada sekatan sekiranya hendak membeli rumah pertama.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu akan diumumkan pada Pelancaran Skim Perumahan Belia pada pertengahan Oktober nanti.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan PTPTN bulan lalu dan dipersetujui oleh pengerusi perbadanan itu, Wan Saiful Wan Jan.

“Tetapi untuk siapa yang hendak beli rumah sahaja, kereta tidak boleh.

“Oktober nanti saya akan umum semua skim dan akan membuat pengumuman rasmi,” katanya pada sidang media Pelancaran Hi Home di Kelab Tasik Diraja, Tasik Perdana Kuala Lumpur hari ini.

Zuraida berkata, ia satu langkah melayakkan mereka membeli rumah pertama kali.
Terdahulu, PTPTN menguatkuasa sekatan terhadap peminjam culas tidak membayar pinjaman.- SH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Featured Sun, 2 Sep 2018

Anugerah Berprestij ABPBH Kembali Lagi, Jom Undi Artis Kegemaran Anda!

Tahun lepas, Fattah Amin dah menang kereta. Tahun ini siapa pula?

Featured Tue, 4 Apr 2023
Agama Wed, 5 Jun 2024
Trending Mon, 2 Jul 2018

13 Menteri, 23 Timbalan Angkat Sumpah Di Istana Negara

Sejurus penerimaan surat cara pelantikan, Syed Saddiq melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum mewakili Ketua Hakim Negara dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa.