Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 7, 2022 @ 8:00am

“Nak Masuk Dunia Artis, Hati Kena Kental” – Teringin Jadi Selebriti, Ratu Farah Nak Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof

Popular di aplikasi TikTok, keletah gadis bernama Ratu Farah membuatkan warganet tidak kering gusi.

Selalu menampilkan aksi pick-up line bersama selebriti, video Ratu sering mendapat perhatian ramai hingga dapat menarik lebih 317,000 pengikut di laman TikTok.

Namun begitu, ramai juga yang mengecam Ratu serta ada juga warganet mengejek cara gadis ini yang pelat sewaktu bercakap.

“Saya tak sedih kena kecam sebab saya dah lali. Bila ada orang ejek cara saya bercakap, saya serahkan kepada Yang Atas Sana (Allah), saya perlu diam sahaja,” katanya.

Memasang impian menjadi pelakon, Ratu teringin beraksi bawah arahan sutradara tersohor, Syamsul Yusof.

“Setakat ini, masih belum ada tawaran lakonan. Saya daripada kecil memang nak jadi artis. Saya nak jadi penyanyi dan pelakon.

“Tetapi, saya paling teringin nak jadi pelakon filem, kalau boleh bawah arahan Syamsul Yusof jika diberi peluang,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 8 May 2022
Hiburan Mon, 16 Jun 2025

[VIDEO] Wajah Mulus Fazura Tanpa ‘Makeup’ Dipuji Jelita

Nur Fazura manis memakai jubah dan tudung serba hitam

Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu […]

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Events Fri, 15 Jul 2022
#BabyXTRA Fri, 2 Jun 2023

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Orang Korea pun suka berpantang cara tradisional Melayu tauuu 🙈 Cenggini lahhh Maryam 👍🏻😊

error: Content is protected !!