Trending By: SGMS Enal January 20, 2019 @ 10:00am

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ nama seorang bayi perempuan berusia 7 bulan yang mungkin kedengaran agak janggal. Nama unik tersebut diberikan oleh ibu bapanya Hartadi Sudrajat, 41 dan Imah Suciyati, 29.

Hartadi berkata, nama yang dipilih kepada cahaya mata pertama mereka itu mempunyai makna tertentu dan bukannya direka tanpa maksud yang jelas.

“Seviyeli bererti bijaksana dalam bahasa Turki, manakala Roumeli Hissar pula merupakan sebuah benteng yang berada di Istanbul.

“Manakala, angka 1453 adalah tahun kejayaan tentera Islam yang dipimpin Muhammad Al-Fatih (Sultan Mehmed 11) yang menakluk Kota Konstantinopel,”kata Hartadi ketika ditemui sumber di rumahnya di Purworejo, Jawa Tengah.

Dia berharap dengan nama tersebut, anak perempuannya mampu menjadi anak solehah, bijaksana dan kental seperti benteng di Turki dan memiliki keperibadian seperti Muhammad Al-Fatih.

Namun, beliau mengakui pada awalnya mereka terpaksa berdepan kesukaran untuk mendaftar nama berkenaan.

”Pihak Jabatan Pendaftaran belum pernah mendaftarkan angka pada nama, jadi mereka terpaksa berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri, namun alhamdulillah mereka meluluskan nama tersebut,” kata Hartadi.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Suciyati berkata, pada mulanya beliau agak janggal dengan nama tersebut.

“Nama Seviyeli itu saya yang berikan tetapi panggilannya hanya Sevi. Pada awalnya terasa pelik dengan nama anak kami. Tapi nama itu juga satu doa, biarpun kedengaran pelik tapi ia memiliki tujuan  yang baik,” kata Suciyanti.

Sumber : Detik news

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Oct 2018

Media Prima Radio Networks Rebrands to Ripple!

There are seven new platforms joining the radio station.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Alif Satar Kongsi Tip Untuk Mula Aktiviti Berlari & Jogging – “Jangan Letak Target Terlalu Tinggi…”

Penyanyi dan pelakon Alif Satar sering berkongsi video mengenai tip untuk berlari atau jogging kepada pengikutnya yang baru ingin berjinak melakukan aktiviti kecergasan. @itsalifsatar Yang baru nak mula,takyah beli mahal-mahal dulu.. dah serious esok baru […]

Featured Thu, 2 Mar 2023
Selebriti Wed, 4 Oct 2023

“Lelaki Yang Angkat Tangan Pada Wanita Itu Lemah!” – Lufya Omar

Tugas lelaki adalah untuk melindungi, mendidik dan provide kepada wanita

Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

“Terima Kasih Datuk Fizz Fairuz Bawa Saya Ke Malaysia” – Mimi Peri Teruja Lihat KLCC, Syukur Impian Berlakon Filem Tercapai!

Rezeki tak pernah salah alamat! Berkat doa ibu, Mimi Peri akhirnya sampai ke Malaysia ❤️