Categories: Trending

“Nikoh Jom!” Kongsi Momen Lamaran Antara Nabila & Engku Emran, Netizen Pula Yang Tak Puas Hati Sebab…

Sebaik sahaja disatukan menjadi pasangan suami isteri pada Jumaat, pihak @myballonadventure selaku pihak yang menyaksikan lamaran yang dibuat oleh Engku Emran kepada Noor Nabila akhirnya berkongsi momen-momen tersebut menerusi muat naik dilaman instagram mereka.

 

Kelihatannya, Noor Nabila,36 dan Engku Emran, 46, menaiki belon udara panas sambil menikmati pemandangan matahari terbit sebelum Nabila mengalihkan rakaman video tersebut ke arah banner yang tertera perkataan “Nikoh Jom”.

 

Acara tersebut juga turut dihadiri adik Nabila iaitu, Athisha, Amira dan Faliq bersama-sama rakan-rakan terdekat pasangan tersebut.

 

Malah, dalam video yang dimuat naik oleh @myballonadventure kelihatan penyanyi Ferhad yang pernah popular menerusi lagu Kasih Berubah juga hadir memeriahkan acara tersebut sambil mendendangkan lagu Belaian Jiwa sebagai meraikan pasangan itu.

 

“Belum nikah dah mesra…”

 

Sumber : @myballonadventure

 

Bagaimanapun, rata-rata netizen sempat meninggalkan komen diruangan instagram milik @myballonadventure, mempertikaikan kononnya Nabila dan Engku Emran kelihatan mesra walaupun belum diijabkabulkan.

 

 

Sebelum spekulasi timbul mengenai desas-desus hubungan percintaan Nabila dan Engku Emran, adik Nabila dilihat pernah memuat naik mengenai acara ini dilaman sosial instagram story mereka.

 

Terdahulu, Nabila dan Engku Emran selamat diijabkabulkan pada 19 Mac 2021 dengan hanya sekali lafaz. Dan, kedua-duanya mempunyai cahaya mata masing-masing hasil perkahwinan terdahulu.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya Terjawab Segala Persoalan, Noor Nabila & Engku Emran Selamat Diijabkabulkan

ARTIKEL BERKAITAN : Kononnya Dah Bertunang, Nabila Akhirnya Jawab Isu Jalin ‘Cinta’ Dengan Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN : Foto Terbaru Engku Emran Undang Spekulasi Hubungan Bersama Nabila?

Salma Syahbuddin