Categories: FeaturedTrending

“Nabila Berhak Cari Kebahagiaan Dia Sendiri” – Sharnaaz Ahmad Titip Doa Buat Nabila & Emran

Selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan buat pasangan Noor Nabila dan Engku Emran yang selamat diijabkabulkan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Akhirnya Terjawab Segala Persoalan, Noor Nabila & Engku Emran Selamat Diijabkabulkan

Walaupun telah berpisah dengan Noor Nabila sejak setahun yang lalu, namun ramai yang ingin mendapatkan respons daripada bekas suami Nabila iaitu Sharnaaz Ahmad mengenai pernikahan terbaru bekas isterinya.

Terbaru, Sharnaaz telah memuatnaik sebuah video di Instagram sekaligus menjawab pertanyaan daripada pihak media mengenai perkara tsrsebut.

“Nabila berhak mencari kebahagiaan sendiri kerana dia masih muda, bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran adalah suatu yang sangat baik”

“Saya sebagai bekas suami Noor Nabila ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nabila dan Engku semoga berbahagia hingga ke anak cucu, jaga jebat elok-elok” ujarnya ringkas.

Menerusi komen daripada netizen, ramai yang memuji cara Sharnaaz yang bersikap professional walaupun ekspresinya kelihatan agak sebak. Video tersebut kini menerima lebih 270,000 tontonan.

Apapun, kami doakan yang terbaik buat Sharnaaz. Mana tahu tak lama lagi jodoh Sharnaaz pula..

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”