Categories: Trending

Orang Ramai Kini Boleh ‘Renew’ Lesen Kenderaan Motor & Persendirian Di Pejabat Pos

Orang ramai kini boleh memperbaharui Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Kenderaan Persendirian di Pos Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dalam satu kenyataan sebentar berkata, kebenaran itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri yang ingin membenarkan semua sektor ekonomi mula beroperasi 4 Mei semalam.

“JPJ telah memberikan kebenaran kepada Pos Malaysia untuk menjalankan urus niaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan persendirian,” ditulis dalam satu kenyataan media oleh JPJ.

Kaunter Urus Niaga Dibuka Secara Berperingkat

Sementara itu, pembukaan urus niaga berperingkat memfokuskan kepada kenderaan perdagangan atau komersial sahaja bagi menyokong kelangsungan ekonomi.

Namun begitu, JPJ seterusnya akan membuka kaunter urus niaga bagi urusan lain secara beransur-ansur termasuk berkaitan kenderaan persendirian.

Diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan pada 24 Mac lalu.

Orang ramai masih boleh memandu kenderaan jika cukai jalan atau lesen tamat tempoh buat masa ini. Hal ini kerana pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu masih berjalan sepanjang tempoh PKP.

Sumber: Berita Harian

Syafiqa Irdina