Alam semula jadi adalah antara sumber paling hebat yang menjadi inspirasi kepada ramai penggiat seni seperti pelukis atau pereka fesyen menyebabkan cetakan eko (Eco Print) atau motif alam sering dilihat pada pakaian di pentas peragaan.
Cetakan eko sebenarnya bukan produk seni yang baru dalam kalangan penggemarnya, sebaliknya sudah lama dihasilkan cuma tidak begitu terdedah terutama di negara ini.
Bagi pereka fabrik yang juga penggemar seni, Samsiah Jendol, motif cetakan eko adalah satu bentuk seni yang sangat istimewa kerana ia mengandungi etika alam yang sangat menarik untuk dihayati.
“Alam sekeliling berpotensi sebagai sumber pewarna semula jadi. Proses cetakan eko ini juga adalah satu proses yang sangat beretika.
“Jika diperhatikan, cetakan eko berupaya menghasilkan satu ciptaan yang sangat unik berinspirasikan lakaran alam semula jadi tempatan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Samsiah yang berpengalaman luas dalam bidang cetakan eko menghasilkan fabrik berasaskan cetakan eko yang dianggap sebagai minat, selain turut membuat kerja membaik pulih buku lama.
Pada tahun 2019, Samsiah memenangi pertandingan Makers 2019 anjuran Pop Asia & the Ninth Gallery dan mewakili Malaysia ke Taiwan bagi mempamer serta membentangkan karya cetakan eko yang dihasilkannya.
Katanya, proses menghasikan fabrik cetakan eko agak panjang, namun disebabkan minat, beliau tidak pernah berasa jemu untuk mencuba menghasilkan pelbagai corak berdasarkan cuba dan lihat (try and error).
“Proses menghasilkan fabrik cetakan eko agak panjang, daripada memilih daun atau bunga sehingga merancang komposisi.
“Daripada komposisi atau reka letak cetakan, diterjemahkan pula ke atas fabrik melalui proses stim atau pendidihan. Haba diperlukan dalam proses memindahkan cetakan alam yang mengambil masa selama tiga jam,” katanya.
Ternyata cetakan eko menawarkan alternatif baharu kepada pengguna yang komited terhadap proses penciptaan sesuatu produk dengan beretika tanpa memberi impak negatif kepada alam semula jadi.
Hasil cetakan eko juga sangat versatil dan setanding dengan cetakan eksklusif setara warna-warna sintetik.
Fabrik cetakan eko Samsiah yang menggunakan label Littlesyam dijadikan selendang, alas meja, sarung bantal dan perhiasan dinding ditawarkan pada harga bermula RM50 hingga RM500 dan boleh diperoleh di Galeri Ilham, Art Row Publika dan GMBB.
Jangan lupa saksikan!
“Kalau nak komen pasal kes curang dalam rumah tangga, saya tidak layak,” - PU RIZ
Love the good vibes!
Semoga dipermudah segala urusan Irma dan anak-anak 🤲🏼