Trending By: Padin December 2, 2020 @ 9:42am

Pandemik Berpanjangan, Uyaina Arshad Sedih Terpaksa Tolak Banyak Tawaran Di Indonesia

Pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad terpaksa menolak banyak tawaran untuk membangunkan kerjaya seni di Indonesia.

Luah Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, dia agak sedih dan kecewa kerana keadaan pandemik berpanjangan, tetapi gadis ini yakin semua yang terjadi mempunyai hikmah.

“Sebelum ini saya aktif mengacarakan banyak program untuk siaran stesen televisyen Indosiar seperti AKSI Asia, D’ Academy Asia, AKSI Indonesia, Golden Memories Asia dan banyak lagi.

“Namun begitu, semenjak pandemik, saya sedih kerana harus menolak banyak tawaran. Kita semua pun masih belum boleh ke luar negara.

“Kecewa juga bila pandemik berpanjangan tetapi saya tetap bersyukur dan yakin, semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.

“Jika sebelum ini saya sentida sibuk berulang ke Jakarta dan Kuala Lumpur, kini saya boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.

“Selain itu, saya boleh mengembangkan kerjaya di Malaysia. Alhamdulillah, saya menjayakan beberapa tawaran drama dan saya juga aktif sebagai pengacara,” katanya.

Menggantikan Azira Shafinaz, Uyaina baru sahaja muncul menjadi pengacara bersama di Vokal Mania bersama Datuk AC Mizal pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gementar Dengan AC Mizal, Uyaina Arshad Luah Rasa Risau

Mantan pengacara Nona TV3 ini juga bersyukur kerana mendapat respons positif orang ramai.

“Walaupun hanya untuk seminggu sahaja saya menggantikan Azira, saya belajar banyak perkara. Ilmu itu yang saya mahukan setiap kali mengemudi program baru. Alhamdulillah, bila ada yang beri respons positif, ia menguatkan semangat saya.

“Saya juga sangat bertuah kerana dapat berkongsi pentas dengan AC, dia merupakan hos senior yang saya kagumi. Selain itu, saya dapat melepas rindu mengacarakan program berbentuk hiburan dan nyanyian.

“Sebelum ini, saya banyak mengacarakan rancangan berkonsepkan talkshow di Malaysia jadi peluang yang datang dalam Vokal Mania ini saya gunakan sebaik mungkin,” katanya.

Untuk semua penyokong Vokal Mania, jangan lupa undi peserta kegemaran anda di www.xtra.com.my/vokalmania dan saksikan Vokal Mania, Sabtu ini, pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my ATAU menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my/livetv dan layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Dec 2018
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Video Anak ‘Sleep Call’ Dengan Kekasih, Ramai Puji Sikap Sharifah Zarina – “Sporting Ye Parents Macam Ni!”

Penyanyi Sharifah Zarina dipuji segelintir wargamaya yang menyifatkan dirinya sebagai ibu yang ‘sporting’. Menerusi hantaran di TikTok, Zarina merakam anaknya, Athalia yang sedang ‘sleep call’ bersama teman lelakinya. ‘Sleep call’ merupakan terma yang digunakan apabila […]

Trending Sat, 24 Mar 2018

Misteri Hilang Semalaman Terjawab!

Menurut ibu mangsa, Noorliah Kasbulah, 48, dia dimaklumkan oleh rakan anaknya yang menemui kereta milik Muhammad Hafiz berhampiran restoran di Bandar Baru Klang kira-kira 2 petang, semalam.

Trending Tue, 17 Jul 2018

PTPTN Borrowers, Please Update Your Info Within 9 Days

If you don’t you might just regret it.

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Trending Sun, 6 Oct 2019

Ambil Perhatian Lokasi Pelancongan Hanoi Kawasan Bebas Rokok

Destinasi Pelancongan Di Hanoi Jadi Kawasan Larangan Merokok