Trending By: Ad Ops October 19, 2018 @ 12:00pm

Pasar Raya & Restoran Di Setiap Negeri Mesti Caj Untuk Penggunaan Beg Plastik Mulai 2019

Tahukah anda? Banyak kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan perairan Malaysia dan tiga jenis sampah yang paling banyak dijumpai adalah puntung rokok, botol plastik serta of course, beg plastik.

Walaupun banyak amaran telah diberikan, masih ramai orang Malaysia tak juga patuhi peraturan ini. 

Jadi untuk menghentikan gejala ini, pihak kerajaan telah mewujudkan kempen “No Plastic Bag” di mana pelanggan pasar raya, rangkaian kedai dan restoran akan dicaj jika mereka inginkan beg plastik dengan setiap pembelian. Kalau tak nak bayar RM0.20, kenalah bawa beg shopping sendiri.

Sebelum ini, kempen ini hanya dilaksanakan di Selangor saja, tapi nampaknya pihak kerajaan ingin ketatkan lagi peraturan dengan melibatkan semua negeri dalam Malaysia pada masa akan datang.

Menurut The Star, semua pasar raya, rangkaian kedai dan restoran di seluruh negara akan dikenakan “Caj Pencemaran” jika mereka masih menggunakan beg plastik dalam masa 3 tahun mulai 2019.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata, undang-undang “No Straw” juga akan turut dilaksanakan bagi restoran-restoran memandangkan kerajaan juga ingin mengurangkan pembuangan plastik sebanyak mungkin.

Foto: NRDC

Beliau berkata demikian di pelancaran Pelan Hala Tuju Malaysia Ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 Rabu lalu.

Caj Pencemaran akan mula berkuatkuasa dalam Fasa 1 pelan hala tuju ini dari 2019 hingga 2021, dan akan dikutip oleh majlis tempatan setiap negeri.

Hasilnya nanti boleh digunakan untuk hanya tujuan kebaikan seperti menjalankan kempen kesedaran atau memberi shopping bag yang boleh dipakai semula kepada orang ramai.

“Kedua-dua undang-undang ini (beg plastik dan straw) akan dilaksanakan mengikut persediaan setiap negeri, kerana setiap satu daripada mereka memiliki tahap kesedaran awam yang berlainan,” kata Bee Yin.

Menurut Harian Metro pula, beliau berkata pihak kerajaan berharap dapat meningkatkan jumlah pengeluaran beg plastik boleh terurai (biodegradable plastic bags) bagi kemudahan pengguna.

Amacam? Anda dah mula pakai beg shopping guna semula, ataupun anda masih bergantung kepada beg plastik? 

Mungkin lepas ini Malaysia akan jadi seperti di Amerika di mana barangan runcit akan dibungkuskan dalam brown paper bag. Asalkan alam sekitar terjaga, apa salahnya, kan?

Sumber: The Star, Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 25 Apr 2022
Featured Wed, 18 May 2022
Trending Tue, 16 Jan 2018

WANITA IKLAN FIREFLY DIANGGAP LUCAH. KENAPA?

Lagi isu syarikat penerbangan negara menjadi kontroversi apabila salah satu  syarikat penerbangan di Negara ini iaitu Firefly pula menjadi tajuk perbincangan sensasi netizen. Kenapa?

Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Hiburan Sat, 11 Sep 2021

ABPBH 34 Kembali, Angkat Tema #KitaBersama

Anugerah pilihan peminat terunggul di Malaysia, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bagi edisi ke-34 diteruskan tahun ini dengan menerap budaya norma baharu dan patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), membawa tema […]

Featured Tue, 2 Apr 2024

Alami Najis Berdarah, Jaafar Onn Kini Berada Di Zon Kritikal

Allahu, moga dipermudahkan urusan abang Jaafar onn kita🤲