Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 29, 2021 @ 3:47pm

Patuh SOP Antara Faktor Utama Kebenaran Rentas Negeri Sempena Aidilfitri – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, kerajaan sedang meneliti kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri ini.

 

Namun, keputusan itu bergantung kepada situasi semasa Covid-19  di negara ini termasuklah tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.

 

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan, menjelang bulan puasa yang bakal disambut tidak lama lagi, mufti juga sudah mengeluarkan fatwa bahawa solat tarawih sudah boleh dilaksanakan jika dibandingkan sebelum ini.

 

“Mungkin esok nak raya, mungkin boleh buat sembahyang Hari Raya bersama-sama takbir dan sebagainya, atau boleh melawat ziarah rentas negeri, saya belum dapat nak bagi. Itu kita akan teliti dan umum bila masa sesuai,” katanya.

 

Justeru itu, rakyat amatlah diseru agar mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Terdahulu, ramai  yang memohon  agar kerajaan dapat memberikan kebenaran rentas negeri pada Aidilfitri ini  selepas kebenaran operasi bazar ramadan dan Aidilfitri dibenarkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Operasi Bazar Ramadan, Aidilfitri & Solat Terawih Dibenarkan Di Seluruh Negara

 

Sumber : Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Aug 2024
Hiburan Fri, 10 Oct 2025
Hiburan Mon, 26 Feb 2024
Featured Sat, 14 May 2022
Featured Wed, 11 Aug 2021

“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi. Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama […]

Trending Sun, 13 Jun 2021

Bawa Pulang Proton X50, Macbook Air, Wang Tunai & Banyak Lagi Apabila Menyimpan di SSPN-i!

Anda ada simpanan? Kalau tak ada, anda dah boleh dah mula menyimpan sedikit demi sedikit. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu semasa pandemik ni. Bagi yang dah berkeluarga tu lagilah penting untuk ada simpanan […]

Featured Fri, 27 Jan 2023
Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

Hiburan Mon, 18 May 2026

Amar Baharin Terkilan Terpaksa Cukur Bersih Atas Komitmen Penggambaran… Risau Ibadah Korban Tak Diterima

Amar Baharin mengakui berasa terkilan apabila terpaksa tampil dengan wajah bersih tanpa janggut sepanjang 10 hari awal Zulhijjah susulan komitmen penggambaran

error: Content is protected !!