Trending By: Nurul Hana March 28, 2023 @ 4:10pm

“Patutlah Lembut & Manis Rupanya…” – Lelaki Ini Terkejut Jumpa Telur Ulat Dalam Kurma Premium

Apabila tiba sahaja bulan Ramadan, buah kurma merupakan makanan wajib yang orang akan beli untuk dimakan ketika sahur dan berbuka.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang pengguna mendedahkan terjumpa telur ulat dalam kurma yang dibeli dengan harga RM10 selepas menjamah beberapa biji.

“Korang lepasni careful ya nak makan kurma. Walaupun murah RM10 sekotak kena cuci betul-betul before makan.

“Kalau tak, jadilah macam aku ni. Makan dah banyak biji baru perasan ada maggot eggs, macam dah jadi lava dah. No wonder la kurma ni lembut dan manis,” ujarnya.

Perkongsian gambar telur ulat di dalam buah kurma itu membuatkan netizen juga geli dan terkejut serta turut menyuarakan pendapat mereka.

Mana tidaknya, selama ini mungkin tidak ramai yang akan mencuci kurma sebelum makan.

“Guys! Lagi satu sebelum beli kurma, tengok production date dia bila. Sebabnya kebanyakan aku jumpa, kurma tu production 2021. Berpasir mat rasa kurma tu.

“Eloklah aku ni sejenis tak suka makan kurma. Boleh trauma kalau kene macam ni.

“Normally kena belah dahulu, tengok bahagian bijinya sebelum makan, kebiasaan di situ boleh ada atau nampak ulat atau bendasing sebab kurma itu sudah lama,” komen warganet berkongsi pendapat kepada umum.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 13 Nov 2020
Featured Tue, 31 May 2022
Featured Tue, 15 Aug 2023
Trending Thu, 16 Nov 2017

12 Tahun Mak Meninggal, Jenazah Mak Masih Elok Cukup Sifat

12 tahun tapi jenazah masih lagi sempurna dari sifat, kain kapan mahu pun tiada bau . Apakah perbuatan yang Ibu Amina Jasmine lakukan hingga mendapat kelebihan seperti ini

Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Events Tue, 9 Aug 2022