Trending By: SGMS Faida March 26, 2019 @ 4:06pm

Pelajar Malaysia Ditemui Mati di Hyde Park London

Seorang penuntut Malaysia ditemui meninggal dunia di Serpentine Lake, Hyde Park, London, semalam.

Kematian Muhammad Hafiz Zainal, 24, disahkan bapanya, Zainal Epi yang juga Editor Bersekutu Malay Mail ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

 Zainal berkata, dia tidak mengetahui sebab kematian anaknya dan dihubungi Kedutaan Malaysia di London pada 2.30 pagi tadi memaklumkan berita sedih itu.
 
“Anak lelaki saya penuntut tahun tiga jurusan kimia di Kolej Imperial London sejak 2015.

“Sukar untuk saya jelaskan dengan lanjut berikutan tidak mengetahui apa berlaku, saya hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga akan ke London malam esok bagi urusan membawa pulang jenazah Muhammad Hafiz.

Isteri Zainal, Zainab Mohamad ketika dihubungi memaklumkan kematian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.

Sementara itu, portal Evening Standard melaporkan mayat seorang lelaki ditemui pada 5.51 pagi waktu tempatan di tasik berkenaan.

Jurucakap polis dilapor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat terbabit dan sepasukan polis serta paramedik dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kami tiba di lokasi kejadian pada 5.45 pagi, bagaimanapun lelaki berkenaan disahkan sudah meninggal dunia.

“Punca sebenar kematian masih dalam siasatan lanjut,” katanya.- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 11 Jan 2021
Trending Sun, 14 Nov 2021

“Selamat Petang & Selamat Malam…” – Berjaya Tewaskan Jep, Shuib & Atu – Asif Suhaimi Speechless Menang Artis Komedi Popular ABPBH 34

Bintang baharu sensasi, Asif Suhaimi berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce, Asif yang

Trending Wed, 16 Oct 2019

19 Kad Ucapan Hari Lahir Khas Buat Anak!

Untuk anak tercinta kerana Dah Tahu Nak ‘Pergi’,

Replicated Draft Fri, 31 Mar 2023

Raya Tahun Ni Confirm Lebih Ceria Dan Lebih Jimat Bila Korang Ikut Tips Ini!

Setiap tahun bila bulan Ramadan hampir tiba je confirm ramai yang mula fikir macam mana nak kasi rumah nampak extra cantik dan extra ceria betul tak? Yelah, raya kan datang setahun sekali je, masa tu

Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Thu, 4 Jun 2020
Trending Mon, 22 Jan 2018

Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

“Saya Hanya Terbayang Orang Jumpa Mayat Saya Terapung,” Kisah Saat Getir Gadis Sesat 19 Hari Di Gunung Tahan 9 Tahun Lalu

Trending Sun, 24 Apr 2022

Buat Pembedahan Plastik Tukar Wajah, Penjenayah Takut Dijejaki Polis

Lakukan pembedahan plastik elak ditangkap polis, 8 wanita dikehendaki.

Featured Wed, 3 May 2023

Suami Fail Cerai Terhadap Madu, Miera Leyana Tampil Bersuara – “Kebenaran Akan Terbongkar, Jangan Fitnah!”

“Jangan nak gila glamour!” – Miera Leyana 🫣 Kebenaran apa yang kan terbongkar tu? 🫣🫣

Featured Wed, 10 May 2023

Caprice Berdamai Dengan Anggota Polis Ajak Bagi Penampar, Komen Netizen Ini Curi Perhatian!

Alhamdulillah berbaik dah.. Tapi macam betul yang brader tu komen kan

| Live TV

error: Content is protected !!