Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 4, 2021 @ 8:00am

Pelawak Terkenal Disyaki ‘Bapa Ayam’ Ditahan Polis, Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Dengan Kes Pemerdagangan Manusia

Pelawak terkenal yang disyaki ‘bapa ayam’ ditahan polis selepas didakwa terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Ghani memaklumkan, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan pada  jam 10 pagi.

Dalam serbuan tersebut juga, pihak polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang untuk tujuan eksploitasi seks.

“Menerusi Ops Pintas, kami berjaya menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda,” 

Memetik laporan Harian Metro, polis turut merampas sebuah Perodua Axia, beberapa bungkusan kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon bimbit.

“Suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.

“Suspek juga dikenakan kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mengenai kes masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian kegiatan pemerdagangan orang.

Dalam pada itu, nama pelawak Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, terkait dengan kes ini.

Memetik laporan Gempak, Tauke terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdagangan manusia.

Menurut naib juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini, dia terkilan kerana namanya disebut netizen sebagai suspek yang ditahan untuk membantu siasatan.

“Nak buat macam mana, orang ni dia punya mulut memang kita tak boleh nak tahan. Takkan kita nak cincang tangan dia supaya jangan tulis macam-macam.

“Hak diaorang nak taip apa pun. Kita reda je lah, nak buat macam mana. Saya pun tak tahu nak komen macam mana.

“Bila berita tu keluar, saya perasan juga tiba-tiba netizen sebut-sebut nama saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 25 May 2023
Featured Fri, 27 May 2022
Hiburan Tue, 12 May 2026

Khairul Aming Terharu, Imbau Memori Tujuh Tahun Lalu Pertama Kali Berhubung Dengan Siti Nurhaliza

Khairul mengakui terharu dan tidak menyangka apabila Siti menghulurkan sendiri album tradisionalnya Gema Bumantara ketika menghadiri restoran Rembayung buat kali kedua. 

Trending Thu, 18 Jul 2019
Featured Fri, 29 Aug 2025
error: Content is protected !!