Trending By: SGMS Faida July 16, 2018 @ 2:20pm

Rebut Kereta Punya Pasal Punca Suami Naik Tangan?

Err…nak pergi kerja pun kena pukul? Kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu ini dilaporkan bermula apabila si suami membelasah isterinya kerana degil untuk ke tempat kerja.

Dalam kejadian di Kuala Ibai Jumaat lalu, mangsa berusia 38 tahun mahu keluar bekerja lalu dihalang suspek yang merupakan suaminya sendiri.

Alasannya mungkin membuatkan anda berasa ‘erk’ kerana si suami mahu menggunakan kereta milik mangsa sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara mereka.

“Suspek bertindak agresif merampas kunci kereta di tangan wanita itu dan terus masuk ke dalam kereta bertujuan melarikan kenderaan yang digunakan mangsa untuk berulang-alik ke tempat kerja.

“Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.

“Bagaimanapun, semasa di dalam kereta, mangsa ditampar beberapa kali sebelum suspek memandu kenderaan itu dan meninggalkan mangsa di bawah jambatan Kuala Ibai, di sini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber berkata, mangsa yang ditinggalkan tanpa belas simpati menghubungi adik iparnya bagi meminta bantuan sebelum dihantar pulang ke rumah.

“Semasa di rumah, sejurus ternampak kelibat suspek, mangsa bertindak menghubungi polis meminta agar datang ke rumah kerana bimbang akan keselamatan dirinya.

“ Bagaimanapun, selepas pihak polis tinggalkan rumah, sekali lagi berlaku perselisihan faham sebelum suspek bertindak menampar dan terkena di hidung mangsa,” katanya.

Jelas sumber, mangsa mendakwa suspek sebelum ini sering memukulnya terutama apabila berlaku perselisihan faham meskipun hanya perkara kecil.

“Malah mangsa mendakwa pernah beberapa kali membuat laporan polis kerana tindakan suaminya dan pada awal bulan ini, mangsa mendakwa dipukul suspek sehingga patah ibu jari kaki dan lebam di seluruh badan.

“Bimbang perkara sama berulang kembali dan tidak tahan sering menjadi mangsa keganasan suaminya, wanita itu mengambil keputusan membuat laporan polis untuk  tindakan selanjutnya selain sebagai rujukan di Mahkamah Syariah nanti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika menghubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya, kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 11 Apr 2021

65 Bazar Ramadan Akan Beroperasi Di KL

Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah. Ramadan tahun ini pasti berbeza dengan tahun lalu, kali ini kemeriahan Bazaar Ramadan kembali dapat dirasai oleh semua umat Islam. Dewan […]

Hiburan Mon, 12 Sep 2022

Mohon Maaf & Mahu Sertai Kelas PR, Pengurus Khairul Aming Letak Jawatan

Turunkan ego, kita cuma manusia biasa! Semoga ada hikmahnya

Trending Thu, 29 Nov 2018

Hubungan Meghan Markle- Kate Middleton Dingin?

Rata-rata media antarabangsa melaporkan hubungan dua wanita dalam keluarga diraja ini kini tidak sehaluan. Betul ke ni?

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Featured Mon, 29 May 2023
Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Adegan Mesra Aliff Aziz & Sophia Albarakbah Buat Netizen Risau

Sweetnya! Berlakon saja tapi ada yang risau Bella jeles nanti

Events Tue, 12 Jul 2022