Events By: Salma Syahbuddin July 12, 2022 @ 7:32pm

Ahli KWSP Kini Dibenarkan Beli Insurans & Takaful Guna Akaun 2

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh membeli produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Ia boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP dengan tawaran perlindungan berkuat kuasa serta merta.

Tawaran i-Lindung ini membolehkan pemegang akaun KWSP membeli produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal.

Antara Syarikat insurans dan pengendali takaful yang terlibat adalah FWD Takaful Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd, Etiqa Life Insurance Bhd dan Etiqa Family Takaful Bhd.

Platform layan diri i-Lindung,  boleh diakses pada bila-bila masa dan membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa.

ARTIKEL BERKAITAN:Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Rendah Bagi Tahun 2022 – Pakar Ekonomi

Selain itu, polisi atau sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.

Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, menerusi Program Transformasi GLC yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), salah satu aspek terpenting adalah pengukuhan perlindungan sosial dan tanggungjawab diberikan kepada KWSP.

“Perlindungan melalui insurans/takaful adalah antara komponen utama bagi kesejahteraan kewangan yang KWSP menggalakkan ahli untuk mendapatkannya bagi melindungi mereka daripada ketidaktentuan kewangan,” jelasnya.

 

 

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 15 Feb 2018

ANAK MERAUNG DUDUK DALAM CAR SEAT? BACA INI…

“ Korang yang ada anak buah ke anak so whatever, letak dorang dalam car seat. Nanti jadi macam my nephew sebab emergency break je,” tulis Farah.

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Sun, 13 Feb 2022
Featured Thu, 30 Apr 2020
Featured Thu, 12 Jan 2023
Trending Thu, 11 Mar 2021

Tony Eusoff Geram Netizen Anggap Tuala Wanita Memalukan

Haish, tuala wanita kan benda paling common sense