Featured By: Fadzlena Jafar April 30, 2020 @ 5:00pm

Apabila bayi demam dan air liur meleleh, ini puncanya

Kebanyakan ibu muda pasti tidak senang duduk apabila bayi mereka merengek sepanjang masa. Ditambah pula apabila bayi demam dan tidak mahu menyusu sepanjang hari.

Antara panduan yang sering dibekalkan kepada ibu muda jika bayi menangis, mereka perlu memeriksa beberapa perkara. Pertama, bayi berkenaan mungkin lapar, tetapi jika sudah diberi susu masih menangis, ibu perlu memeriksa lampin.

Bayi menangis sebagai satu cara untuk memaklumkan ibu rasa ketidakselesaannya, mungkin lampinnya sudah penuh air kencing atau mungkin si kecil buang air besar.

Tetapi, jika lampin bersih dan susu sudah diberi, ini waktunya anda perlu memeriksa perut si kecil yang mungkin mengalami kembung. Cuba letak minyak yang bersesuaian pada perut bayi dan kakinya.

Jika si kecil masih menangis, periksa suhu bayi, jika melebihi 37 darjah Celsius itu bermakna si kecil kurang sihat dan sebaik-baiknya bawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Doktor Pergigian, Dr Fairuzaimah Jafar

Doktor Pergigan Klinik Pergigian AR, Pekan Nanas, Dr Fairuzaimah Jafar, berkata kadangkala apabila bayi meragam, kemungkinan si kecil sedang tumbuh gigi yang membuatkan bayi demam dan kesakitan.

“Ada kalanya, pengalaman cetek dalam penjagaan bayi membuatkan ramai ibu muda sering kelam-kabut apabila si kecil meragam. Sebaik-baiknya perhatikan bayi anda dengan teliti untuk melihat tanda-tanda tertentu.

“Jika bayi anda demam dan air liur sering meleleh, itu mungkin tandanya si kecil sedang tumbuh gigi. Ada bayi yang tidak banyak meragam apabila mereka tumbuh gigi, tetapi sebahagian besar bayi akan mengalami gusi bengkak yang menyakitkan sehingga menyebabkan mereka demam,” katanya kepada Hijab & Heels.

Antara tanda bayi sedang tumbuh gigi adalah rembesan air liur yang banyak. (Gambar hiasan/Kredit Healthline)

Pembengkakan gusi disebabkan gigi yang tumbuh dan lazimnya keadaan itu menyakitkan bayi, malah ada bayi yang enggan menyusu ketika itu.

Proses pertumbuhan gigi dalam kalangan bayi lazimnya berlaku apabila bayi mencecah umur enam bulan sehingga dua tahun lebih.

Pada umur berkenaan juga, kebanyakan pakar kanak-kanak akan menasihatkan ibu untuk mula memberikan makanan pejal kepada bayi selain susu yang mesti diberi secara berkala.

Ada bayi yang mula tumbuh gigi seawal usia sebulan dan mungkin mengalami masalah tidur terganggu. (Gambar hiasan/NSTP/E-mel)

Bagaimanapun, Dr Fairuzaimah berkata, ada bayi yang tumbuh gigi lebih awal daripada enam bulan, malah ada juga yang dilahirkan dengan gigi sejak dalam kandungan.

“Kehadiran gigi pada gusi ketika bayi dilahirkan bukan perkara luar biasa. Ada bayi yang dilahirkan dengan gigi, biasanya gigi bawah hadapan. Selain itu, ada juga bayi yang tumbuh gigi dalam masa satu bulan selepas lahir.

“Jika anda mendapati proses pertumbuhan gigi itu membuatkan bayi tidak selesa, bawa berjumpa doktor pergigian. Doktor pergigian akan memberi ubat sapuan pada gusi dan ubat demam atau ubat tahan sakit seperti Paracetamol kanak-kanak,” katanya.

Cuba kenal pasti sebab bayi menangis. (Gambar hiasan/NSTP/E-mel)

 

Selain demam, berikut adalah beberapa tanda lain yang menunjukkan si kecil sedang tumbuh gigi:

  1. Tidur bayi mungkin terganggu dan kerap terjaga pada waktu malam.
  2. Air liur bayi merembes dengan banyak.
  3. Kemerahan pada gusi.
  4. Bayi kelihatan asyik hendak menggigit sesuatu.
  5. Kebanyakan bayi akan mengalami gusi bengkak.
  6. Bayi juga akan kuat meradang ketika proses itu.

Gambar utama: Kredit Care.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Apr 2024

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Betul apa kat Faz kita sebagai penonton juga seharusnya tidak menghakimi apa yang berlaku🤧

Featured Mon, 22 Jul 2024
Featured Mon, 8 Nov 2021

Abang Ditikam Adik Apabila Tegur Tunggang Motosikal Tanpa Pengetahuan

Seorang lelaki cedera parah ditikam oleh adiknya menggunakan pisau lipat kerana menegur remaja itu keluar menunggang motosikal tanpa memberitahu kakaknya pada Ahad. Menurut laman Berita Harian, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima maklumat […]

Featured Thu, 23 Jan 2020

Kebaikan limau mandarin untuk kecantikan dan kesihatan

Terlalu banyak khasiatnya, tetapi perlu waspada

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Apa yang anda makan beri impak kepada kesihatan.

Featured Fri, 28 Feb 2020

5 tip jadikan diri anda ‘magnet’ positif

‘Feeling’ cantik apa salahnya!

Featured Tue, 9 Jul 2024