Featured By: Yanie Baharom September 22, 2018 @ 5:00pm

Peluang Kolaborasi Dengan Siti Nurhaliza, Wish List Hael Husaini Dimakbul Tuhan!

Peluang berkolaborasi dengan biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, antara wish list Hael Husaini yang sudahpun dimakbulkan Tuhan.

Keterujaan berganda apabila lagu diberi judul Anta Permana yang dilancarkan semalam berada di kedudukan teratas carta iTunes Malaysia.

Malah #AntaPermana turut trending ‘worldwide’ di laman Twitter sejak tengah malam tadi.

“Alhamdulillah sekali lagi kerjasama saya dan Ezra Kong sebagai pencipta lagu menjadi! Dan tentunya kejayaan lagu ini adalah kerana Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri.

“Saya percaya sesiapapun karyawan seni muzik pastinya mengimpikan untuk bekerjasama dengan beliau. Saya bersyukur selepas menyatakan hasrat untuk memberikan beliau lagu pada Februari lalu sebelum demo lengkap diserahkan pada Mei, Datuk Seri Siti, mengakui jatuh cinta dengan lagu Anta Permana selepas mendengarnya,” katanya Hael pada sesi fotografi Hijab & Heels yang diadakan di Movenpick Hotel, KLIA pada Jumaat.

Foto: I Tunes

Hael dan Ezra pada mulanya terfikir mungkin lagu mereka itu di reject memandangkan Datuk Seri Siti hanya memberikan maklum balas selepas seminggu lagu itu diserahkan.

“Proses rakaman studio lagu berkenaan sangat mengujakan. Datuk Seri Siti memperuntukan 1 jam untuk merakamkan lagu berkenaan dan menyudahkan proses rakaman dengan mengambil masa 58 minit sahaja.

“Beliau memang pro, datang ke studio dengan persiapan mental dan fizikal. Beliau tahu bagaimana membawa hala tuju lagu berkenaan dan impaknya kepada umum untuk 10, 20 tahun akan datang. Industri tempatan perlu ada ramai pengkarya muzik hebat seperti beliau,” katanya Hael yang pertama kali memberi kenyataan berhubung kejayaan Anta Permana.

Foto: Hijab & Heels Archive

Anta Permana dilancarkan serentak di semua platform digital dan radio tempatan pada Jumaat.

Diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd dan edaran Universal Music Malaysia itu, Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang bermaksud ‘tidak terkira’ atau infiniti.

Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi kenyataan dibuat kepada media, menaruh harapan tinggi dengan kemunculan single terbaru ini dan berharap peminat muzik tempatan akan menyukainya.

Menurut Siti lagi, muzik video rasmi yang mendapat sentuhan Rifaiee Omar daripada Rio Films Production akan dilancarkan minggu depan di laman YouTube menerusi saluran DatoSNurhalizaVEVO.

Sumber video: Youtube 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 24 May 2018

Raja Perlis Murka

Menurut Baginda, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu

Featured Thu, 9 Apr 2020
Featured Thu, 2 Mar 2023
Events Fri, 29 Jul 2022

Kes R*gol Remaja 14 Tahun, Penceramah Bebas Direman 5 Hari Lagi

Moga keadilan berpihak kepada mereka yang tidak bersalah

Featured Wed, 25 Jan 2023
Contest Mon, 1 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Tak Nampak Chemistry, 2 Couple Tersingkir… Jom Recap Episod 1!

Gandingan pengacara popular Kamal Adli dan Ain Edruce menghangatkan lagi pentas Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang baru sahaja bermula malam tadi. Persembahan peserta dan komen dari juri cinta yang ‘panas’ ternyata lebih menarik perhatian […]

Trending Wed, 10 Apr 2019

Ambil Gambar ‘Selfie’ Di Pantai Phuket Boleh Dikenakan Hukuman Mati?

So, lepasni jangan berangan nak selfie bawah kapal terbang lagi okay!