Categories: FeaturedTrending

Pemansuhan Syarat i-Sinar Ambil Masa – Menteri Kewangan

Umum maklum, pada 11 Februari lalu kerajaan mengumumkan pemansuhan syarat pengeluaran akaun 1 i – Sinar KWSP.

Namun, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, butiran lanjut mengenai pemansuhan syarat i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mempermudahkan ahli membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1 akan mengambil sedikit masa.

“Masa juga diperlukan untuk membekukan transaksi buat sementara waktu bagi membolehkan sistem KWSP untuk mengkreditkan dividen bagi tahun 2020 ke dalam akaun ahli selepas pengumuman dividen pada hujung Februari ini,”

“Sehubungan itu, kerajaan juga sudah berbincang dengan pihak KWSP untuk mempermudahkan proses kelulusan, terutama bagi mereka yang sudah pun membuat permohonan, atau permohonannya sedang diproses.

“Ini akan membabitkan perubahan kepada sistem KWSP, yang akan mengambil sedikit masa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-41, hari ini

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”