Categories: Trending

Shuk Sahar Didapati Bersalah, Kontrak Bersama Hot FM Akhirnya Ditamatkan

Kontroversi melibatkan krisis rumah tangga penyampai Hot FM ini akhirnya memakan diri sendiri apabila Shuk Sahar didapati bersalah selepas siasatan dalaman dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Malah, keputusan untuk menamatkan kontrak Shuk diambil selepas beberapa isu timbul termasuklah, beliau telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.

” Kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM ditamatkan berkuatkuasa hari ini. Ianya selepas siasatan dalaman mendapati berlakunya perlanggaran terma dan perjanjian oleh Shuk seeprti yang telah dipersetujui. Dan, Shuk juga telah dimaklumkan mengenai hal ini.” Katanya Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, Anida Tahrim.

Pada 24 Januari lalu, kontrak perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM digantung sementara bagi memberikan ruang kepada pihak pengurusan untuk menjalankan siasatan dalaman selepas kontroversi melibatkan rumah tangga beliau bersama isteri, Rossalennah Natasiyyah Asshaferah tular di media sosial.

Dalam perkembangan lain, Geng Pagi Hot (GPH) telah tampil dengan wajah baru bermula 15 Februari menerusi gandingan Fizie dan penyampai baharu Hot FM, Mark Adam.

” Selepas Shuib berundur dari Hot FM, kami sudah merancang untuk memberi ‘facelift’ kepada GPH dengan kemasukan Mark Adam. Reputasi Mark sebagai penghibur yang versatil memberikan nafas segar untuk segmen GPH.” Jelasnya.
Salma Syahbuddin